Selasa, 4 Ogos 2009

teringat kawan2....

kami pernah bersama.
SUSAH DAN SENANG.
jatuh dan bangun
memajukan diri dalam satu industri yang mungkin asing pada orang lain.
ada yang menjadikan ini sebagai satu ruang untuk menambah pembaikan diri
ada yg sekadar datang untuk mendapat elaun mingguan.
DIMANA AGAKNYA KALIAN
yang mula menjadi pembantu jinggo sedari 1997.
mungkin adakala kita tersenggul dimana
alasannya cuma satu
jinggo seorang majikan
kalian adalah seorang ' pekerja ' yang tentunya kita berbeza dari segi penafsiran.
MUNGKIN
tidak semua persoalan prinsip perjalanan perniagaan boleh kita kongsikan.
apatah lagi persoalan peribadi yang selama ini ditutup rapat.
YANG ZAHIR
kita masih bersama dari satu kesatu media latihan.
kita masih bersama biar pun bersilingganti pembantu
NIATNYA JELAS
objektif dihujungnya harus dilangsaikan
perlaksanaan dihujung harus disempurnakan.
KADANG2
kita tersenggul dimana2.
mungkin kerana tidak semua boleh dikongsikan.
HARI INI
tersenggol lagi.saya menarik nafas panjang.dimana nak dirungkaikan.dimana kekusutan bermula.sedayanya rungkaikan tidak akan diburaikan.
SEMUANYA HARUS JELAS
saya bekerja dengan komitmen
saya bekerja dengan disiplin
saya bekerja denga niat.
SEMUA DIZAHIRKAN PADA TINDAKAN.
kepada semua rakan2.kita akan rungkaikan sehari dua lagi
YANG PASTI
tidak semua prinsip boleh kita kongsikan
kalian hanya menerima apa yang dizahirkan sahaja yang lainnya.
dan sedayanya saya ' memejamkan ' mata pada setiap ketidakbetulan.
KITA BERBEZA ATAS DASAR KAPASITI.
terimalah seadanya.
siapa jinggo
SELEPAS SEMALAM
mungkin ini hanya sekadar luahan sebagai majikan @ sebagai kawan @ sebagai abang dalam satu kumpulan. terlalu banyak bersangkabaik dan menutup ' mata ' diatas ketidakbetulan dalam organisasi.sedari dulu begitulah ' politik ' organinasasi '.
dimana ada ketidakpuasan terhadap majikan.
KITA BELAJAR
dimana politik organisasi sama dihujungnya.bila kita berkemahuan menjadi seorang majikan - tentu dibawahnya ada pembantu @ pekerja.dan dimana politiknya sama.duduk sesama berkongsi pandangan dimana ' silapnya ' majikan.dikala itu semua ' lebihnya ' majikan akan ditutup. ruang dan peluang bersama seakan mahu dinafikan.
sebuah buku organisasi memberi pandangan begini
ABAIKAN
SELESAIKAN
SINGGIRKAN
mana saya pilih.mungkin satu darinya.

12 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Ambil tangga itu panjat para,
Setelah selesai simpan dekat terusan;
Majulah langkahmu teruskan mara,
Pastikan langsai segala urusan.

Makan soto pakai kemeja,
Makan berteman suap-suapan;
Wak Jinggo bersemangat waja,
Segala pengalaman jadi panduan.

Unknown berkata...

ha..cgu anis
saya pun kena brpantun

merono merena kata wong jowo
wong mblayu tersenyih apa tu...
jasa mu dikenang didalam jiwo
terima kasih ada atas sokongan tu..

he...jadi ke pantun tu

Maiyah berkata...

salam.. adat kehidupan.. bila ada yg lebih baik mereka segera pergi, sbg majikan.. pekerja yg silih beganti selalu terjadi

Unknown berkata...

puan

itu yg menjadi kefahaman saya.
cuma kadang2 terguris...kalau pergi dalam keadaan yg tak sempurna....

Tirana berkata...

Tiba-tiba aje saya teringat lagu "senggul-eenggulan" hehehe.. Adat bekerja dalam satu pasukan, tentu ada tersenggul di mana-mana..ada yang kecil hati, ada yang terguris...Namun itu semua ada hikmah di sebaliknya.. Kita mempelajari banyak perkara daripada situasi tersebut namun yang jelas sekali ialah kita belajar untuk meminta dan memberi kemaafan walaupun kadang-kadang berat untuk dilakukan.

Unknown berkata...

puan tirana.
kadang2 begitu - kami bercakap dari nada yg berbeza.
walaupun duduk semeja
sebagai majikan tentu ada yg tidak mampu saya kongsikan semua perkara.......

saya bersangkabaik pada semua keadaaan.

midahjunid berkata...

keh keh....apa-apan aja. Tabahkan hati na....

Unknown berkata...

cgukamalia..
semuga hari ini lebih baik dari semalam...........
senyum.

~Insan Biasa~ berkata...

merono merene omonge wong jowo,
arep mareng di sing ati-ati;
bolehlah tu pantunnya wak jinggo,
insya'allah semoga Allah memberkati.

Unknown berkata...

cgu anis.
nak tunggu pantun cguone..
mana orang gunung pagi ni

ONE ZABA berkata...

ada...baru sampai ni ha!!!

uiiikkk...nak kena pantun jugak ke???

siji loro telu papat,
pagi-pagi kukus lepat;
mangan nasi lauknya sepat,
sopo cepat dia dapat.

ok tak pantun aku tu...ahakkk!!!

Unknown berkata...

orang gunung dah dtg...
he...
merono merene..
kita ok lah tu...

Eco Kid Adventure on Facebook