Khamis, 10 September 2009

hai - budak kecik boleh berkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.
Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.
Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.
Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.
Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal
Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.
Belajar memahami
Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.
Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak.
belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.
Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.
Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.
Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.
Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.
Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.
DARI JINGGO
ini skill yang jangan ambil mudah - terutamanya penglibatan kita dalam dunia maya ni.samada di blog @ facebook .keinginan kita kadang2 tidak disambut dengan sempurna bila kita ' add sana add sini '.
terutamanya di facebook.
pengalaman dan panduan.
nak berkawan di alam maya -kenalpasti siapa.kerjaya.minat.bini orang @ laki orang.
dan lagi - tengok lenggoknya semasa menulis ( sebab kita menulis dengan emosi ).
JANGAN TERSALAH SERKAH - KITA AKAN MALU SENDIRI.

16 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

menjalinkanpersahabatan di alam maya...
wujud unsur percaya dan kepercayaan didalamnya.

Unknown berkata...

cgu anis

saya beruntung - semua kawan yg dtg kesini - sama nilai - sama minat - jadi bahasanya sama - lenggoknya sama.....

terima kasih

Tea Cha Hai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tea Cha Hai berkata...

Tu la pasal...
Kerana jari badan binasa..
Kekadang TERlupa diri berada di dunia yg TERbuka dan sangat terbuka...
Akhirnya...
TIADA LAGI RAHSIA..
HILANGLAH KARISMATIK...
:-)

Unknown berkata...

cgu ari
pada saya dunia maya meningkatkan enstim diri kita lebh baik - kalau kita berada dalam group yg betul.....
soal rahsia
rasanya tidak seharusnya semua orang tahu kut.....

yg penting : saya berkenalan dengan orang yg betul.....

Maiyah berkata...

salam.. mmg kene berhati2 n jgn main serkah jer.. bukan suma baik n bukan suma jahat, takyah ler nak cari pasangan kt tenet nih.. jodoh tak kemana

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

Tiap perkenalan dh di tentukan olehNya.. tiba-tiba boleh muncul.. dan juga boleh "sekepala" tp tak semua dapat menerima kita..
Tiap perkenalan juga membawa satu rahmat.. kdng menyeronokkan.. kdng meresahkan.. mcm2 rasa..

Tapi.. saya suka perkenalan... yang penting bagi saya.. saya kenal dengan orang yang betul- betul dpt menerima saya seadanya.. saya tak minta lebih.. sbb saya suka berkawan.. lgpun tak semua kawan betul-betul menghargai kehadiran kita..
"Ya, jng tersalah serkah kita akan malu sendiri" betul tue..

terima kasih kawan..

AiE bAhRi berkata...

Info yang baik.Tapi saya juga jenis pemalu untuk memulakan sesi perkenalan kerana bimbang difikir yang bukan2..Alahai...kena jadi positif ni.

Pn Kartini berkata...

Andainya perkenalan & persahabatan berlandaskan keikhlasan..pasti lebih bermakna dan bisa menjana rasa hormat sekaligus menghargai erti dan nilai sebuah PERSABAHATAN.:)

Unknown berkata...

puan maiyah

perubahan prsekitaran - mungkin ini merupakan sebahagian dari media kita brsosial...
bila sebut soal bersosial - kesannya berbeza dimana.
terpulanglah pada masing2..

Unknown berkata...

maiza.

ini media zaman ni..
kenapa kita berkawan - masing2 ada obektif sendiri..
semoga ruang dan peluang begini..tidak memberikan impak yang negetif ( walaupun ada )...

Unknown berkata...

aie

tahniah orang muda
positif - tapi kena ada skill.
dalam konteks lain..dimana2 pun sama..

Unknown berkata...

PnKartini

keikhlasan - dimana2 pun semuanuya bermula dengan perkenalan..
rambut sama hitam hati lain2...
semuga kita dipermudahkanNya

mirae berkata...

pndai pilih kawan and jaga diri..itu yg ptng..facebook pn jd problem eak?sy rasa ok je sbb maybe kbnyknnye sy knal kot..

mirae berkata...

pndai pilih kawan and jaga diri..itu yg ptng..facebook pn jd problem eak?sy rasa ok je sbb maybe kbnyknnye sy knal kot..

Unknown berkata...

mirae

ambil sebagai ilmu..

Eco Kid Adventure on Facebook