Sabtu, 5 September 2009

dari lelaki untuk semua........

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden -
apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah,
hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan
.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai,
setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Teman yang tegas jadi penyokong. Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan
baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .
Kita mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal,
tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan.
Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat
kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari
wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
DARI LELAKI.
kadang2 kami tidak difahami.
sebagaimana serangan yang bertalu2 terlalu lelaki yang bernama Ahkil.
dalam konteks kehidupan hari ini.kita sering 'membulatkan ' keputusan kepada lelaki sahaja.yang kononnya lelaki memang dilahirkan untuk menjadi pendusta dalam banyak hal.
yang gatal lelaki
yang curang lelaki
yang mata keranjang lelaki.
KADANG2 KETIDAKMAHUAN KITA UNTUK MAHU TAHU - APA YANG LELAKI MAHU DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL.
mungkin lelaki tidak ada airmata mahu direngekkan
mungkin lelaki akan ' jatuh ego nya ' membuka cerita tak macho ni.
AKHIRNYA LELAKI DIAM
dan lelaki lah yang bersalah.
kesimpulan
tidak mahu melebarkan ' perbalahan ' seterusnya.
hari ini kita kena belajar mengenal yang kita memang berbeza.
ADA TITIK YANG MENYATUKAN KITA
keinginan untuk tahu - apa yg kita mahu
sumber : buku bahasa sosial

18 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo...
kenapa agaknya boleh terwujud,

"dalam konteks kehidupan hari ini.kita sering 'membulatkan ' keputusan kepada lelaki sahaja.yang kononnya lelaki memang dilahirkan untuk menjadi pendusta dalam banyak hal"

tapi ada betulnya bukan semua lelaki begitu...tapi mungkin sebab kebanyakkannya begitu.

dan...

"KADANG2 KETIDAKMAHUAN KITA UNTUK MAHU TAHU - APA YANG LELAKI MAHU DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL."

benarkah?
bagaimana pula jika ditanya apa yang sebenarnya lelaki mahu ....tapi hanya kebisuan sebagai jawapannya? setiap lelaki adalah satu individu yang pastinya mempunyai matlamat yang berbeza...??

Unknown berkata...

wak anis

dalam kontek budaya.
budaya dan budaya.
lelaki sering dianggap begitu...
mentel..
tapi hakikatnya persekitaran biologi kita tidak diketahuan...
ada faktor lain yg menjadikan keadaan macam tak sempurna......

perempuan sering di'menangkan ' dimana2.betul tak.sebab perempuan ada airmata ke...
kena dibetulkan pandangan tu.
mesti dibetulkan.

akhirnya tidak ada yang
menang - kalah
kita
menang - menang.

Maiyah berkata...

salam.. kene ada give n take.. tepat n3 nih

Tea Cha Hai berkata...

Demandnya....
Adakah semua apa yg "lelaki itu mahu" perlu dipenuhi dlm satu masa/jasad wanita itu semata utk memenuhi "apa yg lelaki mahu"?

Manusia ini ada pelbagai keabilitiannya...skillnya..personalitinya..dan pastinya juga wanita begitu...

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
----Iyakah? Mengukuhkan lagi hubungan sedia ada....

Mungkin majoritinya iya...dan berharap begitulah....

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo...

"sy budak br bljar, klu slh tolong tjukkn"

pada sy bertanggungjwb, saling mmpercayai, saling mghormati, jujur, kasih sayang, "cinta"
klu semua tue ada dlm tali ikatan.. insyaallah.....

tapi dunia skrng.. pada sy bkn hnya semua tue sj sudah ckup dlm prhubungan.. malah.. kewangan.. bnyak sbb berlaku penceraian perpisahan, tidak persefahaman lg hnya di sbbkn sumber kewangan..?

"enggang sama enggang, pipi sama pipit" emmm...
patut ka mentaliti tue??

bkn maksud sy perlu brsikap meterialistik... tp sekurng2nya kt perlu ada semua tue.. xperlulh trlalu bnyak..

dalam perhubungan.. "cinta"
sy jd bimbng skrng bnyak sngat penceraian.. minta di jauhkan..
insyaallah..

wanita.. pling mudah sy cthkn diri sy.. (nk cth org lain susah lak)

mencintai seseorang bkn krn dia cantik @tampan @kaya raya..

semua itu tiada ertinya jika sy tidak di hargai..di cintai sepenuh hati.. di hormati.. di terima seadanya.. rupa cantik @tampan @kaya raya.. hanya sekadar bonus..

cukuplah sekadar dapat mmberi sy bahagia..
dpt mmberi sy senyumn, riang tawa gurau senda setiap hr...
pd sy semua tue penting!!
klu asyik cool..diam ja xda komunikasi susah la..

sy suka pepatah nie..
"It’s true you don’t know what you’ve got until it’s gone, but it’s also true You don’t know what you’ve been missing until it arrives!!!"

Unknown berkata...

puan maiyah

agak sensitif N3 ni..
bukan sekadar untuk dibaca tapi untuk direnung : dah lama kita meletakkan pandangn yang -sipi2 - pada lelaki - mungkin fitrahnya lelaki tu diam...........

mungkin.
diam.

apa2 pun kita kongsikan..

Unknown berkata...

cgu ari..

saya asyik menulis : N3 dari sudut pandangan wanita...sesekali menulis dari yg berbeza.
sebab kadang ada ' ketidaktahuan ' yang menjadikan kita begitulah bertahun2...

harap2 N3 begini boleh kita tafsirkan dari sudut yg berbeza....

jangan marah ye ari...

Unknown berkata...

maiza
panjangnya komen - ini pengalaman ke luahan.

apa2 pun terima kasih.
hubungan sosial macam main saham - kita nak untung - keuntungan emosi.

keadaannya komplek kalau mahu dizahirkan dengan ' cakap2 ' - lelaki ni zahirnya pada tindakan @ perempuan pada emosi..

asasnya sudah berbeza.
kedua2 adalh bertimbangbalik..
cuma sejauh kita mahu faham keperluan masing2...

jadi pada hang - jadikan N3 ni sebagai satu bahan - jangan buat silap dalam mana2 hubungan..

Tirana berkata...

Pasangan perlu memahami tentang perbezaan diantara lelaki dan wanita dari segi biologi, emosi dan cara berfikir. Lelaki ada kemahuan2nya yang tertentu begitu juga wanita. Untuk hubungan yang harmoni, tuntutan dan kemahuan itu perlu dipenuhi oleh pasangan masing-masing.

p/s Saya sedang membaca buku tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Nanti saya kongsikan.

Unknown berkata...

puan tirana

saya suka pandangan yg akademik begini.kalau di barat ( berdasarkan pengalaman ) keadaan agak praktikal - dimana ilmu2 begini diperbualkan secara terus..

menarik untuk dikongsikan..sebab pengatahuan mengenai perbezaan kita harus dilebar2kan...

agar semua tahu.
yang lelaki begini
yang perempuan begini...

mirae berkata...

n3 yg sngt mnrik&informatic..
mmng ramai wanita yg sering mnyalahkn lelaki..sy juga bgitu..x sedar bhwa kte x ambil kre ap yg lelaki mahu sbnrnya..ap pn sharing is caring..yg ptng kjujurn..jika jujur and sling percaya,insya'allah msalh x timbul..slh phm adlh asm gram dlm khidupan..sy bljr sesutu dr artikel ini..akn diaplikasikn for future life insya'allah =)

Unknown berkata...

mirai

terima kasih kerana pandangan positif.kerana macamlah sepatutnya...

bertahun2 lelaki dengan ego yg telah di 'putuskan ' oleh budaya.......

hari ini ilmu mungkin membuatkan kita berfikirkan kembali.

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo...

hehehe... bkn pengalamn @ luahan..
hnya pendapat ja.. utk diri sndiri..
thanks..

Unknown berkata...

maiza

terima kasih.
bagiuh...rajin2 kita berkongsi

Unknown berkata...

tq...buat saya merenung akan kebenarannya :)

Unknown berkata...

cgu pija

terima kasih...

Nurhasyimah Musa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nurhasyimah Musa berkata...

salam

menarik entri ni..membuatkan saya mula merenung kembali apa yang telah saya fikirkan selama ini terhadap pasangan saya..

tapi, ada perkara yang ingin saya tanyakan..

pada mulanya dikatakan bahawa perempuan sering menganggap diri
mereka merana kerana lelaki tidak menghargai kehadiran mereka dan berfikiran "lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh".

kemudian, dinyatakan pula apa yang lelaki sebenarnya mahu dalam perhubungan..

ok, kita renung balik pada frasa "lelaki semakin berubah rupa", adakah lelaki berubah rupa kerana wanita yang dicintainya tidak lagi memberikan apa yang mereka mahu?

saya bukan mahu mempersoalkan apa yang tertulis, hanya mahukan kefahaman yang lebih jelas supaya tiada salah faham..

sememangnya saya mahu tahu apa yang lelaki mahu dalam perhubungan sosial..

Eco Kid Adventure on Facebook