Khamis, 10 September 2009

mesti susah dulu

Menurut pakar2
mutiara yg mahal itu kononnya berasal dari sebutir pasir yg memasuki tiram yg terbuka.
pasir yang masuk ini menimbulkan kesakitan yang luar biasa - untuk mengurangkan rasa sakit ,tiram membaluti pasir tersebut dengan air liurnya secara berterusan selama beberapa tahun.lama kelamaan - pasir yg bersalut air liur akan bertukar menjadi mutiara.
CANTIK DAN MAHAL.
kejayaan mesti dimulai dengan kesakitan sebagaimana kata Billi Lim dalam
bukunya DARE TO WIN
tidak ada kegagalan , melainkan kejayaan yang ditunda.
menurut Socrates
kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang
tidak layak untuk dinikmati.
KISAH PERAK
perak perlu dibersih sebanyak tujuh kali sebelum sempurna.
dipanaskan berulang2 kali untuk mengeluarkan kekotoran daripada asalnya.
DARI JINGGO
kesulitan dan kepayahan sering kita tafsirkan berdasarkan cerita kita sendiri.
kita kena renungkan yang matahari sentiasa tetap bersinar , seandainya seketika hari mendung bukan bererti matahari berhenti bersinar.
mungkin itu adalah kesempatan untuk menikmati keteduhan.
lambat laun mendung tetap akan berlalu
dan matahari terus bersinar.
DAN BEGITULAH KITA.
semuga hari ini kita mulakan hari baru.
kita berhak menentukan dimana bermula..
semula hidup kita dan dimana mahu kita sudahkan
kerana kita yang menarik hidup ini bagaimana perjalanannya seterusnya.

14 ulasan:

Che' Pit berkata...

salam cgu jinggo,

setuju amat.. kesusahan tu kdg2 bolah mencekalkan, menabahkan dan yg sewaktu dengannya..

mereka2 yg bermula dgn kesusahan ini lah yg biasanya akan lebih menghargai kehidupan dan org lain..

Tirana berkata...

Dalam kepahitan, ada kemanisan
Dalam kepayahan, ada kesenangan
Dalam penderitaan,ada kebahagiaan.

Segala ujian dan dugaan yang datang kita tak boleh kawal kerana itu takdir Allah, tapi kita boleh mengawal cara kita berfikir dan cara kita bertindak. Bertindak dan berfikirlah secara positif walaupun tekanan sekeliling kuat dan menyesakkan.

Unknown berkata...

che pit

satu komen yang bermakna - untuk saya sendiri terutamanya...
dan untuk sapa2 yang diluar sana....
jangan disalahkan pada mendungnya hari...sekejap aja.
matahari mesti akan bersinar semula

Unknown berkata...

puan tirana

kuasa tarikan.
kita menarik bagusnya hidup kita.
kita jua tidak menariknya hidup kita..
cuma..kadang kealpaan sementara kita lupa...

matahari tetap akan bersinar.

CITY® berkata...

salam cikgu...

kalau nak dibanding kesusahan saya
ramai lagi yg mungkin susah dari saya
kalo nak kata saya malang
ramai lagi yg lebih malang dari saya
kalo nak kata saya gagal
mungkin ramai lagi yg gagal malah jatuh terus
kalau nak kata saya cantik?
sudah pasti, memang ramai lagi yg cantik dari saya..

so,
saya syukur dgn apa yg ada kini

Unknown berkata...

blue..

itu sebaiknya
jiwa dibandingkan dengan orang lain........
ada lagi yg susah
skill tu..
ha...ha...

Unknown berkata...

kejayaan & kegagalan saling melengkapi antara 1 sama lain...

cg jinggo--> pahit akan manis akhirnya :)

renungan:
~Kehidupan yang bermakna adalah bagi mereka yang juga bersyukur atas kesulitan yang dihadapi.

Rasa syukur boleh mengubah hal negatif menjadi positif.

Unknown berkata...

cgu pija

kadang2 begitulah sepatutnya..
dalam hidup
tewas hari ini bermakna kemenangan yg ditunda...

saya percaya kepada konsep tu..

zai berkata...

Jinggo..

Hidup dan masa depan kita bergantung kepada jalan hidup yang kita pilih dan yang kita corakkan..

Tapi jatuh bangun dalam kehidupan adalah merupakan satu titik tolak kepada perubahan gaya hidup yang lebih positif sebenarnya..

Unknown berkata...

kak zai

seterusnya saya ada satu lagi komen yg amat2 berkuanliti..
terima kasih...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

yang sakit ada sihat
yang susah ada senang
yang pahit ada manis.. masam jg..
yang derita ada juga yang bahagia..
yang sedih ada gembira..
dalam kehidupan macam2 rasa ada..
klu tak rasa semua tue.. kehidupan tak bermakna..

tiap dugaan dan cabaran takdir olehNya.. saya yakin "ada hikmah di sebaliknya"
janji.. perlu berfikir dengan bijak..
bersyukur kerna di beri kesempatan dapat merasa semuanya..

Unknown berkata...

maiza

saya yakin....
setiap kepayahan bermadsud kita diajar...kita kena belajar...

kita tidak dihakimi dan dihukum.

mirae berkata...

bukan senang nak jd senang..
pelbgai halangan dan rintangan perlu dlalui..klu tny mereka2 yg berjaya pn..bukn dgn mudah mereka berjaya..pelbagai bnda dpeljari hasil kgagalan yg mnyebabkn seseorng itu lbh yakin utk bangkit semula..hope sy trus dpt beljar dr mreka2 yg berjaya ini =)

Unknown berkata...

mirae

untuk mendapat kejayaan yg sempurna - ada harga yug perlu dibayar...
dan harga ini bergantung kepada komitmen masing2......

fikirkan.

Eco Kid Adventure on Facebook