Ahad, 27 September 2009

keganasan mulut

Kita biasa mendengar keganasan fizikal -
tapi bagaimana dengan KEGANASAN MULUT.
KAJIAN MENYATAKAN TABIAT BANYAK MULUT ADALAH MASALAH SIKAP ,
BUKAN MASALAH KEPINTARAN.
APA ITU KEGANASAN MULUT
ini adalah sejenis kezaliman psikologi
boleh menyebabkan kecederaan psikologi
KAJIAN MENYATAKAN
2 jenis keganasan mulut
BANYAK MULUT
SERANGAN MULUT
orang yang banyak mulut sangat sukar diyakini dan sangat skeptis.mereka sentiasa tidak percaya kepada apa2 yang mereka dengar.jadi ,
fikiran dan pendapat mereka sukar diubah.
ORANG BEGINI - suka bercakap lepas - asal dia menang.suka mempertikai cakap orang lain.suka membuktikan orang lain salah.
dapat membuktikan dirinya lebih pintar dari orang lain
DAN LAGI
mereka sentiasa tidak percaya kepada apa yang mereka dengar.
fikiran dan pandangan sukar diubah.
RENUNG2KAN
sifat banyak mulut tiada kena mengena dengan IQ dan kelulusan, ini adalah persoalan sikap
dan bagaimana kita.dalam kontek hubungan sosial ini merupakan satu kecelakaan.
Kita mahluk sosial : kesilapan dan ketidakmampuan kita untuk belajar menggunakan mulut merupakan satu kecelakaan yang serius.
KITA DIBERIKAN SATU MULUT
DUA TELINGA.
agar banyak mendengar dari banyak bercakap.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan merana

ermmm... kdg2 aku tk leh nak salahkn bila sesorg yg mulut laser, mulut tkge insuran dll... sikap sbegitu mungkin dsebabkan faktor didikan jugak... klu mak, ayah dn adik beradik sbegitu, tk mustahil dia juga mewarisi ciri itu...

maka, ko sabo je la ye jinggo... aku fhm perasaan ko, patah tumbuh hilang brganti... carilah yg seswai ngan jiwa ko...

erkk, ape aku merepek ni?? ngeeee... zai, tolongggggggggg!!!

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Setuju..

Unknown berkata...

teja..

keganasan mulut - bermula dari didikan awal - berdasarkan apa yg anak2 tu tgk..
dan kesannya buruk.
biasanya orang yg begitu - rendah diri - nak naikkan diri - tinggikan suara....

pada sesiapa yg menjadi mangsa - tahulah kesannya...

Unknown berkata...

cgu cat..

kita diberikan satu mulut
2 telinga..

dengar selagi boleh dengar

Pn Kartini berkata...

Salam..
Tidak terfikir berhadapan dgn org sebegini sikapnya..seolah di dalam dunia dialah yang terbaik..semua isi dunia bagaikan ingin dilaunginya betapa hebatnya diri..dan bagi pihak yg dikatalah bersalah..hanya mampu berdiam..
Hanya Tuhan yg tahu....
(berdasarkan pengalaman ni....!..dalam hati berkata..ada jugak spesies camni ek..aduhaii)

Unknown berkata...

Pn Kartini

hari ini semakin ramai orang macam ni - tekanan dari perubahan persekitsaran mungkin -dan saya percaya kepada pembentukan karektor..

yang pasti : orang2 begini sentiasa mahu dianggap dia penting dalam semua situasi - kita hanya ada satu jawapan.
MENANG - KALAH...

yang pasti : orang begini tidak ada kawan yang ikhlas untuk berkawan.....kita tdk mendapat keuntungan emosi bersama nya...

insan pendidik berkata...

Salam jinggo,

memang betul didikan awal itu penting. Peringkat kanak-kanak patutnya dididik adab berbudi bahasa. Pengaruh persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi ...yang pastinya lidah tu ada kalanya lebih tajam drp mata pedang.

zaijb berkata...

bila bertemu orang yg sebegini... baik kita mengia kan aje... lagi kita layan lagi sakit hati...
situasi begini kerap berlaku di tempat keje saya so dah terbiasa.. dgn kemarahan...
yg penting bersabar... kalu tak
blah jee biar dia cakap sorang2.. ingat dia bagus sgt..hehe..

Arianni berkata...

Salam Jinggo,
Rasanya biarlah kita lebih banyak mendengar dari banyak bercakap..
Mulut satu anugerahNya gunalah ia sebaik mungkin..

Che' Pit berkata...

banyak mulut?
hmm kekadang seronok melayan org byk mulut.. TAPI kdg2 rasa nak sumbat je mulut dia dgn kain.. ngeh ngeh ngeh..

Unknown berkata...

cgu - insan pendidik

saya percaya - kepada pendekatan arsetif - menang + menang
susah tapi kena belajar...
sebab betapa comotnya dunia hari ini - penuh dengan tekanan dan orang2 yg sakit hati...

asasnya walaupun ada..
keganasan mulut bukan jawapannya.

Unknown berkata...

zai

kita yang bekerja dengan public tentunya lebih merasa dan terasa dengan perubahan itu.
jawapan terbaik.
diam @ keluar dari orang2 begini...

Unknown berkata...

ariani

mulut satu anegerahNya
sebab tu - mulut akan menjadi saksi di akhirat nanti...

Unknown berkata...

ngeh...ngeh..

diam aja.
bagi dia menang.
bagi dia penat..
lucu berurusan orang macam ni - kajian menyatakan org begini cepat mati.........

zai berkata...

Salam Jinggo...

Mungkin banyak keganasan rumahtangga berlaku krn ianya adalah hasil dari keganasan mulut agaknya...

Nasib ALLAH ciptakan 2 telinga dan 1 mulut..kalau ada 2 mulut mungkin satu dah kena simen kot

Unknown berkata...

kak zai..

dunia berantakan disebabkan keganasan mulut.
semua.
tidak aman sistem politik negara..
PKR - BN
Tun Mahadir - SamyVellu
terbaru
Nik Aziz - Ibrahim Ali

keganasan mulut............yang dimonopulasi oleh sistem...

Maiyah berkata...

itulah attitude sesetgh org yg mmg tak dpt elak.. sapa yg ditakdirkan bersama ngan org2 camni kene lah byk sabar atau pekakkan jer telinga :D

Guru berkata...

assalammualaikum

orang yang banyak mulut ni, memang tak suka saya dampingi...

Unknown berkata...

puan maiyah

itu kalau boleh pekakkan telinga...
kalau tak boleh...
kita ' angkat kaki ' sahaja - kalau boleh - kalau tak blh - sabar ajalah....

Unknown berkata...

cgu kl..

semuga kita - rakan disini - tidak terkelompok didalam dunia yg amat2 dimurkai....
kesannya amat buruk dlm mana2 hubungan sosial....

Tirana berkata...

Saya dilahirkan sebagai seorang pendiam, tak banyak cakap tapi sesekali terlepas jugak..hehehehe...

Unknown berkata...

puan tirana

yang sesekali tu - yg bahaya..
tapi mesti ada sesekali - kalau tidak bukan manusia namanya...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

alamak cmna nie.. sy bnyak mulut.. bnyak brtanya... tp rasanya keganasan mulut setakat nie tak ada.. moga tak akan ada...
nasib baik di beri 1 mulut 2 telinga.. klu tak ntah la.. itu pun mcm2 jadi la nie..

Eco Kid Adventure on Facebook