Selasa, 15 September 2009

cara kita guna kesempatan...

Seorang pengurus , bersama pekerjanya yg masih muda ,sedang dalam perjalanan atas urusan kerja dengan menaiki keretapi. Tempat duduk yang tinggal hanyalah tempat duduk berhadapan dengan seorang wanita muda yang cantik dan neneknya.Sepanjang perjalanan keempat – empat penumpang ini cuba menyesuaikan diri dan menghabiskan masa dengan betul.
Mereka mula berbual , tanpa menyedari , keretaapi yang mereka naiki mula memasuki sebuah terowong.Tiba2 lambu gerabak kertaapi terpadam dan dengan serta merta keadaan menjadi gelap.
Untuk beberapa waktu , keempat2 penumpang dan juga penumpang2 lain berapa diam, keadaan gelap.dan sunyi. Dalam keadaan gelap dan sunyi itu , tiba2 terdengar bunyi ciuman dan bunyi sebuah tamparan.
Selepas melalui terowong yg gelap
.
keempat2 penumpang itu mula membuat penelitian masing2 ;
berdasarkan bunyi ciuman dan tamparan yang mereka dengar semasa dalam kegelapan tadi.
Wanita muda
saya rasa bangga kerana pengurus kacak yang duduk kat depan saya ini mencium saya ,
tetapi saya rasa malu kerana nenek menamparnya.
Nenek tua
saya kesal orang muda itu mencium cucu saya , tetapi saya bangga kerana cucu saya mempunyai keberanian untuk menamparnya.
Kata pengurus
pekerja saya menunjukkan keberanian kerana mencium wanita muda yang belum dikenali , tetapi mengapa pula wanita itu menampar saya
Nampaknya , hanya pekerja itu sahaja yang tahu apa yang berlaku . dalam waktu yang begitu singkat , dia mengambil kesempatan mencium wanita muda itu dan sekali gus menampar muka pengurusnya
DARI JINGGO
Bila dikaitkan dengan kesempatan.
Manusia dibahagi kepada 3 jenis.
Pertama
mereka yang tidak mengendahkan @ merebut setiap kesempatan @ peluang yang ada.
Kedua
manusia yang baik ialah mereka yang sentiasa merebut setiap kesempatan yang datang.
Ketiga
manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa mencari kesempatan yang dapat membuat dirinya berkembang tanpa perlu banyak menunggu.
Tetapi dimana kesempatan.
dalam diri kita...dan kita dimana !

24 ulasan:

Che' Pit berkata...

hmm moral of the story, pandai2 lah mengintai peluang yang ada dan merebut nya.. jgn sampai lepas.. tapi bukan lah peluang yg tak senonoh mcm tu.. peluang yg baik ler..

zan xray berkata...

Perlu merebut peluang disaat getir dan terhad. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Tirana berkata...

Pandai mencari kesempatan tapi jangan sesekali mengambil kesempatan, tak pasal-pasal kena penampar..hehehe

Unknown berkata...

che pit..
ngeh..ngeh..ngeh..

moral dari cerita : kesempatan - kita duduk kat mana agaknya...
semuga kita mendapat sesuatu dari cerita ' tak senonoh ' ni..

Unknown berkata...

BroZan

dalam konteks budak2 sekolah
cuba bezakan..
budak bodoh !
budak yang kedua - banyak..
budak yang ketiga - inilah yang akan mencantikkan nama makayah dan sekolah..
duduk depan.bertanya.buat homework......

Unknown berkata...

puan tirana

moralnya - jangan ikut cerita tak senonohnya.
seterusnya kita ambil kesemptan dalam cerita yg baik2 aja..

zai berkata...

masalahnya muda mudi sekarang suka memberi ruang dan kesempatan utk melakukan perkara yang tidak senonoh..sedangkan ruang untuk perkara kebaikan dan kebajikan tidak diendahkan...

ONE ZABA berkata...

tinggal 5 hari saja lagi untuk peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dan pembeli menghabiskan duit bershoping.

~Insan Biasa~ berkata...

baik-baik waktu cari peluang....baik-baik apabila nak ambil kesempatan....

Unknown berkata...

kak zai

terima kasih kerana pandangan..
kesempatan.
semua kita diberikan kesempatan - yg membezakan bagaimana kita mengunakan kesempatan....

Unknown berkata...

cgu one
buat lawak seterusnya..
kesempatan untuk tersenyum...

Unknown berkata...

wak anis

terima kasih kerana kesempatan kenal....

mirae berkata...

huhu..artikel yg mnarik..bg sy perlu rebut and cari kesempatn..tp jgn ambil kesempatn..x baik..huhu

Ary berkata...

sgt menarik!
boleh jadi,saya ada didlm ketiga2 jenis kesempatan itu bergantung kepada peluang yang datang, dan kekangan yang menghalang.
kadang2 kesempatan yang ada,tapi byk kekangan,tidak memungkinkan sesuatu perkara itu, dan begitulah sebaliknya.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

amik kesempatan yg baik xpa,

jgn nanti kita yg kesempitan lak..

Unknown berkata...

mirae

kesempatan pada student - orang yg bijak akan masuk kelas duduk depan - bertanya - buat homework dan membaca...

kesempatan sentiasa dicari untuk penambahbaikkan.

Unknown berkata...

ary

terima kasih kerana pandangan yg menarik
kesempatan.semuga kita tahu bagaimana nak gunakan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

moralnya kena pandai ambil peluang.. kalau lambat takut terlepas peluang pl..tapi jangan sampai ambil kesempatan.. nanti tak pasal-pasal kena penampar.. sakitnya pipi.. hee..

Unknown berkata...

wan......
menarik - amat menarik
dan kesempatan kita bersama...gunakan sebaiknya.

Unknown berkata...

maiza

dalam ceramah biasa saya akan gunakan cerita ini diawal talk tu...
kita boleh tahu dimana
orang bodoh
orang baik
orang bijak.....
selalunya orang bijak yg akan naik keatas..

Maiyah berkata...

salam.. mencari kesempatan pada keadaan yg betul, kekadang kita tersilap mengatur kesempatan itu jadi tak sompek hehe:D

Unknown berkata...

puan maiyah

kesempatan kita tak sama..
kita cari dan rebut seadanya..

Ayang berkata...

Kekadang kita diberi kesempatan yg tidak perlu dilepaskan..siapa mahu rugi kan...itu satu bonus jadi kenalah pandai rebut peluang dan kesempatan tersebut... Namun ada kalanya... walau peluang tu tergolek2 datang menyerah...namun ianya tetap juga gagal.. di mana yea silapnya kita? Adakah itu dikatakan suratan yang harus diterima???

Unknown berkata...

ayang - terima kasih kerana berurusan dengan jinggo
semuga kita dipermudahkanNya dalam semua urusan....

Eco Kid Adventure on Facebook