Khamis, 3 September 2009

ZAMAN remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri, pada masa inilah berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan keseronokan kepada zaman yang penuh kekeliruan.
Menurut Ismael Mudar dari Universitas Negeri Padang, Indonesia dalam jurnal yang bertajuk
Pembentukan Identitas Remaja dan Gaya Pengasuhan,
pembentukan identiti seseorang remaja itu dipengaruhi oleh persekitaran sekelilingnya.
''Zaman remaja adalah zaman yang paling menyeronokkan sekiranya seseorang itu tahu mengenai perubahan yang berlaku terhadap fizikal, emosi, mental dan juga sosial,''
demikian kata Ghazal Ibrahim dalam satu seminar anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
''Pada ketika ini, pengaruh utama remaja ialah ibu bapa dan juga keluarga, guru dan sistem sekolah, rakan sebaya malah media juga turut memain peranan penting dalam pembentukan jati diri sebenar remaja.'' kata Ghazal.
''Keluarga diibaratkan sepohon pokok yang melindungi bumi, sekiranya cengkaman akar tidak kuat, pokok akan tumbang.

Beliau merujuk kepada kemahiran berkomunikasi antara faktor penting untuk mendekati remaja yang jiwanya sentiasa bergolak.
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA HARI INI.
dari jinggo
R - risiko
E - emosi
M - manja
A - angan2
J - juvana
A - agresif
ITULAH REMAJA
dan kita semua pernah remaja.sebelum kita menjadi kita hari ini - tentunya kita sudah lalui satu tempoh masa - dikala kita semua betul - dikala semua yang dari makayah salah.
hari ini kita berhadapan satu ' hidangan ' satu bentuk persembahan yang menakutkan - dihujungnya bagaimana.
dimana betul dan salahnya bila satu persatu kita dihidangkan
dengan kecelaruan identiti -
sepatutnya masa ni kamu bukan disini.
sepatutnya masa ni kamu disana
waktu ini kamu sepatutnya berada disana - bukan disini.
DAN SEPATUTNYA MASA INI KAMU TAK PERLU FIKIRKAN.
BAGAIMANA PROSES NAK BUAT ' ANAK '..
TAPI YANG BERLAKU.
SEMUYA SUDAH JADI PATUT DI SIINI
PENGALAMAN
sebagai penggerak sosial dikawasan yang amat rapuh - bukit beruntung.
ini perkongsian saya.
menurut satu kajian besar yang sukar mahu diakui.
MASALAH REMAJA ADALAH MASALAH MASYARAKAT.
MASALAH MASYARAKAT ADALAH MASALAH MAK + AYAH.
dihujungnya.
jurang komunikasi kita semakin jauh dengan mereka.
kita mungkin semakin sibuk dengan politik ' kepala lembu '
SEHINGGAKAN KEPERLUAN MEREKA KITA JAUHKAN DARI AGENDA.

16 ulasan:

blueCITY berkata...

zaman remajaku?

r = riang
e = enak
m = main2
a = aku je betul
j = joli
a = asal boleh

hehhehe
zaman2 remajaku ? mcm remaja2 lain zaman tuh, tiadalah ekstrim sgt kot. biasa jerk, belajar, main2 sikit..
tapi kalo boleh kembali kezaman remaja,
tak buat satu keputusan yg silap dulu, huhu

=)

- jinggo - berkata...

zaman remaja saya
rock kapak kapak...
main gitar tepi tembok
curi pelam........ada.
curi ponteng puasa..dalam kebun..

zaman dah berubah.
tgk balik..
kalau diulang - saya pun tak mahu buat satu perkara...

Marzalina berkata...

adakah saya masih dalam ketegori remaja? hehhe..zaman remaja ni adalah alam yg paling best..sebab masa tulah dunia ni seakan kita yg punya, jarang memikirkan risiko yang bakal kita hadapi..yg penting enjoy..yg penting jiwa memberontak..betul tak? tapi zaman remaja memang indah..

- jinggo - berkata...

intan..
hang remaja tua..
dah tak molek ' gedik2 '...
ha..
bila dah beralih zaman ni - kenalah beralih minat dan komitmen harus berubah..

hang bila lagi nak menikah...
ha...ha...

zai berkata...

Mungkin sesetengah dari ibubapa telah lupa masa remaja yang dilalui yg juga turut dipenuhi kenakalan dan berharap anak2 tidak akan mengulangi kesilapan..tapi mereka lupa remaja adalah mereka yg sedang melalui proses pembelajaran utk menjadi dewasa dan mereka mengambil contoh sikap orang dewasa yg paling terdekat utk diikuti contohnya ibu dan bapa.. jadi..kalau ada ibu bapa yg mempunyai anak2 yg cemerlang dan berakhlak mulia bererti ibubapanya juga adalah orang yg cemerlang didlm kehidupan.

Selalunya remaja yang mempunyai asas didikan yang baik walaupun adakalanya tersesat jalan akhirnya akan kembali kepangkal jalan jua..

- jinggo - berkata...

kak zai

pepatah india ada menyatakan begini..
kalau nak cari menantu lelaki yg baik..
tgk macamana dia melayan mak dia..

kesimpulan eratnya hubungan diantara keduanya - saya percya kepada cerminan tu -

dunia sudah berubah - pendekatan juga harus berubah...

Marzalina berkata...

ha..remaja tua? tau sangat ka hhehehe

saya tunggu cikgu menikah dululah ya..pastu baru saya menikah :p

ONE ZABA berkata...

org selalu cakap...dulu lain sekarang lain.

apa yang lainnya?

agama masih sama. bangsa masih sama. hati masih sama. akal fikiran masih sama. ciri-ciri manusia itu masih sama semuanya.

yg beza cuma keperluan asas manusia semakin dipermudahkan. dan semua mengejar kemudahan itu. maka nilai murni dilupakan dan diketepikan.

maka lahirlah generasi yg kurang didikan dan penerapan nilai murni.

aku rasa gitu la....

hari ni cadang nak bukak pose ngan ikan talapia bakar cicah kicap...nyummm...nyummm!!!

- jinggo - berkata...

intan..

aduh...
mengusuk dalam kalbu..
he..
he..

- jinggo - berkata...

cgu one

komen paling serius - macam pegawai PPD lah pulak..
he..gitulah sekitar kita....

saya nak cari ikan keli - macam semalam.

insan pendidik berkata...

Salam,

Anak itu 5 tahun pertama dimanjakan, 5 tahun kedua ditegur/diperbetulkan dan 5 tahun seterusnya dibuat kawan. Kita hendaklah mendekati remaja. Kerana zaman remaja mereka masih tercari-cari identiti(krisis identiti)Mudah sangat terikut-ikut.
Jangan biar mereka hanyut...

- jinggo - berkata...

cgu insan pendidik

yg pasti dihadapan cgu sekumpulan remaja kan.....
mari kita sama ' kerjakan ' remaja ni agar tidak tersasar jauh....

noriza berkata...

Sukarnyan ingin menyelami jiwa remaja sekarang. Apa yang mereka mahukan sebenarnya. Buat saya sebagai ibu yang sudah punya 4 remaja dan yang masih kanak 2 terlalu sukar rasa untuk mengikut rentak mereka.Masa saya remaja dulu tak le macam ini.... Baik aje.Betul tak Jingggo?

- jinggo - berkata...

cgu ija

zaman dah berubah pendekatan juga harus berubah
makayah kena jadi macam fasilitor gamaknya.....

a kl citizen berkata...

politik kepala lembu ni lah yang terdiri dari mak bapak yang sentiasa rasa mereka betul
dan orang lain mesti dengar dan terima kata mereka...
aii
hasilnya
anak2 mereka pun seperti itu juga

- jinggo - berkata...

cgu KL..

hidup ini kan macam gema...
kita fikirkan

Eco Kid Adventure on Facebook