Sabtu, 26 September 2009

sikap dan karektor...

“Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan),
pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”
Begitu antara luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.
DARI JINGGO
kita semua ada pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan - menjadi pemandu.
di waktu mana sekali pun.ceritanya sama.bezanya bila menjelang hari raya : ada statistik di keluarkan. tidak ada bezanya dengan hari2 lain.
KITA LAJU AKAN LANGGAR ORANG.
KITA PERLAHAN AKAN DI LANGGAR ORANG.
kita fikirkan begini.
pemandu : adalah manusia yang dibekalkan kemahiran untuk memandu.dan tentunya : kita adalah manusia yang zahir dengan berbagai karektor yang boleh di jadikan perbandingan berbandingan dari gaya kita memandu.
dalam satu buku pembinaan karektor menyatakan.
orang yg memandu laju.
adalah orang yg bergerak dengan matlamat yang jelas.
orang yang memandu perlahan
adalah orang yang tidak berani mencuba ' benda ' baru.
DAN LAGI.
ada juga soalselidik mengenai cara kita menguci kereta.
mana yang kita utamakan dahulu.
disebabkan kotor dalam @ luar kereta.
ADA ORANG YANG MENCUCI KERETA DISEBAB LUARNYA KOTOR
ADA YANG MENCUCI KERETA DI SEBABKAN DALAM KOTOR.
( dlm bukan persoalan sebab orang tak nampak )
adalah orang yang menjaga kepentingan luar - bagus dan cantik hanya sekadar untuk dipandang oleh orang lain.
DALAMAN ( dalam kereta ).
kita yang tahu.ada yang nak cuci sekadar untuk orang tgk -
dalam orang tak tengok - tak payah cuci !
ITULAH GAMBARAN KERETA DAN KITA.
sikap.
dijalanraya hari ini kita tgk macam2 kerektor.
semuanya dikaitkan dengan karektor dan sikap.
yang pastinya - kita hari ini seakan2 mempertarungkan ' nyawa ' memandu kereta dimana laluan pun...

15 ulasan:

zai berkata...

Salam Jinggo..

Bagi Kak Zai Suka Memandu Laju bukan satu Hobi tapi mengejar masa sebenarnya..Terkadang bila pandu laju rasa macam dah dapat melepas semua tekanan kat dalam tu tapi menjadi perkara yg sering ditegur oranglain krn (org perempuan yg memandu)...kenapa erk..kalau lelaki orang tak heran pun ?

Satu yg pelik pasal keta..Kak Zai selalunya cuci kat bahagian dalam jer sbb selalunya bhg dalam la banyak sampah sarap..tapi bahagian luar tu.sesekali jer sbb terkadang geram baru cuci dah hujan la plak..

zan xray berkata...

Memandu ikut keperluan semasa.
Kadang nak cepat laju sikit tetapi berhati2..
susah gak nak kontrol perasaan ketika memandu banyak faktor mempengaruhi.
Bab2 cuci pun ikut keperluan. yang pastinya bonet kereta sy tak pernah kosong hehe.. macam almari!!

sonata anak kancil berkata...

Semuanya terserah kepada empunya diri...bukannya tak cukup dengan ilmu memandu dan tatacaranya tak kira lah musim raya ke atau ape ke...yang nak laju2 sangat tu kenapa...saya rasa kecut perut, kalau memandu di waktu perayaan ni...ye lah mana tahu,kita terlibat dalam accident! kita berhati2 - orang lain lain? Masa gi KL - ternampak tak fasal2 kete masuk parit dekat2 tol Sg Besi - orang jalan terus,dia masuk parit!!! macamna tu??

Tirana berkata...

Di Malaysia ni, undang2 dibuat untuk dicabuli bukan untuk diikuti..Itupun sikap juga -> degil, tak mau ikut peraturan. Kenapa peraturan jalanraya dibuat? Matlamat utamanya untuk keselamatan pengguna tapi ramai yang tak mau ikut peraturan.

Unknown berkata...

kak zai - orang yg cuci kereta dalam - bermadsud - suka menjadi diri sendiri - madsudnya : apa yg nak dipentingkan sangat pada orang nampak - yg penting sendiri nampak !

kereta laju - perempuan - selalu memang macam tu sekarang.
ada sorang kawan ( perempuan ) kalau bergaduh dengan boifren selalu - tekan minyak kuat2 dan............mungkin nak lepaskan tekanan.

Unknown berkata...

brozan..
ada ada cerita mengenai - kereta macam almari ni - sebab kereta saya - rumahku keretaku....

setakad hari ini - saya memang memandu perlahan tetapi baru aja kena langgar dengan orang.....

awek dan cun.....
senyap ajalah...he...he....

Unknown berkata...

cgu sonata

sebab kajian banyak dibuat masa org memandu - sebab disinilah bezanya IQ dan EQ....
semuanya nak cepat sampai...
kewarasan semua dah letak dilutut......

saya - tersadai 4 - 6 jam jem masa ke JB....

Unknown berkata...

Puan Tirana

tu yang KPN marah tu..
buatlah apa undang2 sekali..
satu : perlaksanaan.
kedua: disiplin...

inilah semua kesan dari semua yg diajar disekolah subjek2 untuk nampak bagus pada zahir aja......

ckLah @xiiinam berkata...

Assalamualaikum...


"jalan-jalan raya kotaku
telah menjadi gelanggang kebuasan
kemanusiaan semakin mandul
kesabaran semakin membengkak
kesombongan merajai pangkal rasa..."

Itu petikan sajak saja Jinggo, dari Antologi Anak Laut....

Selamat Hari Raya...Maaf zahir dan batin..

Maiyah berkata...

salam.. kekadang kita berhati2 pun kene gak.. dan kita akan kata dah nak kene hehe macam sy:)

Tea Cha Hai berkata...

Ya kak Maiyah..
Kita dah berhati2...org lain buat tak hati2... Naik minyak juga bila org tiba2 potong tanpa signal...apa lagi saya pun tekan minyak kejar dia... he he he he...

Unknown berkata...

cgu..la tahzan..

terima kasih kerana menjengok teman..
sibuk lagi ke jalan kat teluk anson tu..
teman nak balik kampung ni...

Unknown berkata...

puan maiyah...

gitulah adat jadi pemandu kat bumi tercinta ni

Unknown berkata...

cgu ari...

hati2 untuk semua keadaan..
saya memandu 80 - 100 aja....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

sikap manusia semua nak cepat.. tapi.. yg kena cepat di lambat-lambatkan pula.. bila masing-masing tak jaga menjaga itulah punca tergadai nyawa. tika tue br la nak sedar..

sy memandu biasa ja.. tak trlalu laju.. klu laju pun ada sbb trtentu kn cepat.. last2 surat cinta sampai.. berbaloi ka cmtue.. lg teruk nyawa melayang.. so.. "ingatlah orang yg trsayang"

Eco Kid Adventure on Facebook