Ahad, 13 September 2009

berhenti berharap....

Bersabdalah Rasullah SAW :
Aku diperintah menyeru manusia atas kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia ,
akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama
kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja.
Ini dinamakan Akal Tertutup.
Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka.
Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
KeDua
Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta.
Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ).
Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
KeTiga
Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
KeEmpat
Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan.
DI ULANG : SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI
dari jinggo
Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi cadangan
sebagai seorang guru
sebagai seorang mak - ayah - suami - isteri
sebagai seorang motivator
Sebagaimana fitrah manusia akan menentang setiap perubahan berlaku.
Sebuah ahli sufi pernah berkata :
Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.
Nak kenyang tanpa makan.
Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja ( kuat )
Nak berjaya tanpa berusaha.
Nak pandai tapi tak suka exam
Nak bercinta tapi tak suka risikonya
Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) –
Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan
dan tidak suka menerima tanggungjawab.
JADI ADAKAN KITA MAHU BERHENTI DARI BERHARAP.
kita kongsikan skill seterusnya nanti

20 ulasan:

zan xray berkata...

Jinggo,
kalau ada harapan sy tak akan berhenti berharap.
kalau tak leh harap baru saya berhenti hehe.

sonata anak kancil berkata...

semoga akalyang diberikan digunakan semaksimanya...Fikir sebelum bertindak!

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Orang yang tak mahu menerima cadangan dan tidak suka akan tanggungjawab.. elok berhenti je jadi orang...

Unknown berkata...

bro zan

suka dengan lagu Sheila On7
sebagai manusia - rasanya jangan berhenti berharap....
kalau semua berhenti macamana...

Unknown berkata...

cgu sonata.

jangan berhenti berharap - sebagai seorang ibu dan guru....

Unknown berkata...

cgu zana

berhenti jadi orang
jadi apa...
sebab macam2kan...
kadang2 kita terperangkap..

ONE ZABA berkata...

harap-harap dapat bonus raya...dapat cuma 500 hinggit je. lepas la bayar kuih-kuih tunjuk.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

Fitrah manusia akan sentiasa "berharap" apa-apa pun mesti nak "berharap" kalau masih ada harapan.. saya akan terus "berharap"...

jangan sesekali berhenti "berharap"

tapi.. kalaulah dah tak ada harapan.. barulah akan berhenti "berharap"

ZOOL@TOD berkata...

Nak kenyang tanpa makan.
Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja ( kuat )
Nak berjaya tanpa berusaha.
Nak pandai tapi tak suka exam
Nak bercinta tapi tak suka risikonya
Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu )

Beramallah dengan iman dan taqwa, kesemua di atas Insya-Allah akan diperolehi di syurga kelak.

mirae berkata...

setiap orng ad harapan..selagi ad harapan so kte x kn berhenti bharap..bhrap tnpa usha pn x guna gk..independent..

Unknown berkata...

cgu one
500 untuk kueh tunjuk2...mesti lengoh tangan tu...
asyik nak menunjuk aja...

Unknown berkata...

maiza..

moral jangan berhenti dari berharap - walaupun dimana dan bagaimana sekali...

Unknown berkata...

Beramallah dengan iman dan taqwa, kesemua di atas Insya-Allah akan diperolehi di syurga kelak.

en zoll - itulah jawapannya...

Unknown berkata...

mirae

berhenti berharap - umpama macam orang menghantar diri - duduk dikubur..
itu pun mungkin masih ada harapan..

Guru berkata...

assalammualaikum

harapan sentiasa subur dalam dada...
berdoa semoga Allah makbulkan

Unknown berkata...

cgu kl..

semuga kita dipermudahkanNya...

Maiyah berkata...

salam.. org yg segini slalu nya, merasakn diri mrk dah sempurna atau selalu betul.. ego tinggi. macamnana tinggi pun ego tu tak bermakna takde masalah dan keegoaan itu ler yg akan memakan diri

Unknown berkata...

puan maiyah

semuga kita mendapat sesuatu dari perkongsian ini...

~Insan Biasa~ berkata...

kita berharap..kerana ada harapan. Kerana harapan maka ada tujuan. untuk mencapai tujuan itu maka kita masih hidup' hingga kini.

Unknown berkata...

cgu anis

kalau nak berharap - sediakan bekalan.....
he...

Eco Kid Adventure on Facebook