Isnin, 28 September 2009

kempen sudah bermula...

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah ,
terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti. Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya.
Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang
.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.
Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam

Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
DARI JINGGO
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

5 ulasan:

ONE ZABA berkata...

raya yang ini tak payah nak bermaaf-maafan.

Unknown berkata...

cgu one

rasanya macam tu kut...
tak payah nak bermaafkan - sebab selepas raya nak bergasak....ha..

ZOOL@TOD berkata...

Kerana dosa tidak dizahirkan, tiada terasa bahangnya neraka tiada bayangan syurga di depan mata, maka manusia akan terus mencaci, menghina, mengumpat, mengeji, menjatuhkan maruah orang lain, mendedahkan aurat dan mengingkari perintah Allah.

Maaf zahir dan batin sekadar lafaz semata-mata, sekadar budaya. Tiada penghayatan dan keikhlasan.

Unknown berkata...

KERANA DOSA TIDAK DIZAHIRKAN.
begitulh seterusnya.
kita yg diluar lingkungan - membuat tafsiran itu dan ini : semuga suatu masa dijanjikan kemurkaanNya di bumi Malaysia ni..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

dah lumrah manusia.. susahnya nak buang sifat2 karut macam tue.. sebelum raya.. pagi raya bermaaf-maafan... tengahari sikit dah lain jadinya...

Eco Kid Adventure on Facebook