Rabu, 30 September 2009

perasuahkah aku ni....

Saya mengelak dari meletakkan diri dalam kelompok manusia yang begini.
Ini beradasarkan pembacaan dan mungkin juga didikan yang di tinggalkan.
TAK BAIK MAKAN DAN BERI RASUAH.
untuk itu dalam banyak proses saya seakan
MEMPERTAHANKAN - JANGAN JADI PERASUAH
bagusnya manusia berdasarkan tindakan.
APA YANG BERLAKU HARI INI.
nak masuk IPT
orang dalam
nak masuk sekolah bagus
orang dalam
nak masuk kerja disini
orang dalam
NAK PROJEK INI
orang dalam.
bertahun2 saya pertahan.bertahun2.kerana saya percaya.
duit ini lah nak sara diri dan famili.
duit inilah akan membesarkan anak2
duit inilah akan membayar ansuran kereta
AKHIRNYA.DAH DUA TAHUN -
SAYA MENYEDIAKAN ' DUIT KOPI ' UNTUK SESEORANG.
untuk projek tertentu.
dengan cara menaikkan sebutharga.
hari ini.saya kena dengan TIDAK RELA sain cek.
HARI INI SAYA MERUNGUT TIDAK KE SUDAHNYA.
DIMANA BETUL DAN SILAPNYA
mesti ke macam ni.
kalau kita bagus tapi tak ada ' orang dalam ' tak guna.
AKHIRNYA.
kita lihatlah kesan.
ANAK2 YG MUNGKIN LIAR DISEBAB MAKAYAH SUAPKAN MAKAN DENGAN DUIT RASUAH.
BANGUNAN GAH SEKEJAP.RUNTUH.
RUMAH MEWAH CANTIK DILIHAT.RUNTUH.
PEMIMPIN YANG SAH KORUP DI PILIH.

saya merujuk kepada beberapa orang.sah saya salah.akhirnya buku ini menjadi rujukan seterusnya.saya semakin yakin dan percaya kuanliti bagus seorang kita berdasarkan ciri2 kepimpinan yang mesti menjauhkan RASUAH dalam semua urusan.

24 ulasan:

Che' Pit berkata...

salam cgu jinggo..

hmm mmg susah.. susah nak cari yg betul2 bersih,
betul2 telus,
betul2 ber integriti..

kita baik,
kita bersih,
kita kena tindas,
kita kena tinggal,
kita kena aniaya..

apa nak buat?

ikut salah,
tak ikut, kita yg serba salah..

hmm entah lah labu..

~Insan Biasa~ berkata...

kalau niat betul untuk membantu bukan rasuah kot.....

Tirana berkata...

Dalam Islam ada kaedah yang dinamakan matlamat tidak menghalalkan cara..Walaupun niat baik tapi caranya bertentangan dengan hukum Islam, maka perkara itu tetap salah.

Guru berkata...

assalammualaikum

cuba yang termampu. selagi boleh kita berdoa semoga Allah jauhkan dari penyakit ini di kalangan anak cucu kita dan diri kita sendiri

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

islam menegah melakukan rasuah..tapi kadang kita tak perasan bahawa kita dah buat sesuatu yang terlarang.. bl di nilai kembali br perasan.. realitinya.. sekarang klu tak ada orang dalam memang susah.. tp.. ya.. kualiti bagus ciri2 kepimpinan mst menjauhi rasuah.. semoga kita dalam lindungan Allah... InsyaAllah..

ONE ZABA berkata...

percaya atau tidak....

setiap hari kita dirasuahkan melalui media massa.

Unknown berkata...

ngeh..

ke kiri kena.
ke kanan pun kena...
susah mahu dikomen banyak2 - nanti silap2 kena masuk ke ' dalam '....

ngeh..ngeh...

Unknown berkata...

cgu anis..

nak bantu macamana..
memang dah kerja ' org tu ' macam tu..
kerajaan dah bayar dia gaji..
nak ' gaji ' apa lagi...

kesian anak2 dia...

Che' Pit berkata...

bukan setakat kiri kanan, depan belakang pun kena..

komen banyak, dalam juga duduk,
mulut zip, hmm hati tak khusyuk..

Unknown berkata...

puan tirana..

bertahun2 bertahan..akhirnya.
tapi saya dah buat keputusan...
saya akan tamatkan kontrak......
sebab masih ramai org jujur kat bumi malaysia ni

Unknown berkata...

cgu KL...

saya masih yakin dan percaya : masih ada ruang untuk saya dan kami berkerja tanpa melibatkan diri dengan urusan2 begini...

Unknown berkata...

maiza..
saya sedang berusaha untuk membuat keputusan ni..
doakan yg terbaik
nak tamatkan kontrak..

Unknown berkata...

cgu one..

rasuah media...
hari2 kut...

Unknown berkata...

che pit ngeh...ngeh...

' lu fikir la sendiri '...ngeh...ngeh,...

MaizaC'Joe berkata...

Jinggo..

InsyaAllah.. saya doakan yang terbaik.. amin..

Unknown berkata...

maiza..

terima kasih kerana sokongan...

Unknown berkata...

Semoga rezeki melimpah ruah lagi dgn keputusan bijak mr jinggo!

Ticer Syah berkata...

dalam kelompok skola pon rasuah ada...

dalam peringkat jabatan lagi la berlambak2.. nak2 dalam proses penukaran skola.. sy penah kena skali.. cikgu tu br keje stahun, dah dpt tuko, padahal sy dok situ da 4 taun..tgk2 naaahh..orang JPN jiran dia.. sy pon apa lagi mengamuk sakan kat JPN..hari2 bagi orang JPN tu jiwa kacau, dpt no hphone dia, terus saya SMS tak benti..hahahhaa.padan muka, main kotor sangat..

yg kita geram.. kerani dia siap cakap.. ala cikgu..kalau dah dia guna kabel sultan pon, kita nak kata apa.. saya balas balik.. hello, abistu yang tak berkabel mcm saya ni, sampai mati kah dok situ? dan pung pang pung pang sampai kerani tu bosan..ahaha..

moralnya: di saat akhir zaman ni, orang dalam memang ada di mana2... dah jadi senario biasa.. huhu.. panjang plak komen teman..kuikui

Unknown berkata...

cgu pija..

rasanya belum ada keputusan setelah semalaman..
tapi gambarannya telah ada...

Unknown berkata...

mama cute

saya teringat filem ' sivaji the boss ' cerita tamil - mengenai wabak rasuah di india...

rasanya kalau bercakap soal rasuah - di Negara kita dalam semua aspek - samada besar @ kecik....

rimas.rimas.rimas.....

Abd Razak berkata...

Salam...

Moga dijauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.

Sabda Nabi S.A.W. “Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Unknown berkata...

Sabda Nabi S.A.W. “Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

en razak...

saya dah buat keputusan yg terbaik

Dearie Pearls berkata...

Rasuah, rezeki tak lama.
Huhu..

Bos I sendiri yg cakap..

Pengalaman kot..

hehe..

Unknown berkata...

Lol

saya terima pandangan ini secara serius...

Eco Kid Adventure on Facebook