Sabtu, 5 September 2009

semua penting...

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya .
Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
Anda tidak membebankan orang lain dengan
masalah atau tugasan-tugasan anda
Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras
dan nama-nama orang.
Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi
(sama ada secara verbal ataupun unverbal).
Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang
ingin berkenalan dengan anda.
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
DARI JINGGO
kita mahluk sosial.dikatakan 70 % dari kehidupan seharian kita adalah bersama orang lain dalam berbagai bentuk @ media.
samada kita mendengar @ bercakap.
samada kita berjaya @ gagal
bergantung besar kepada skill komunikasi kita.
MENJADI ORANG YANG DISENANGI
adalah menjadi fitrah manusia.
sebagaimana kata2 kerama diulang2 oleh mr dale carnigie dalam bukunya,
SEMUA MANUSIA MAHU DIANGGAP PENTING.
jadi untuk itu.
hari ini kita jadikan semua rakan2 persekitaran kita penting
DAN RAKAN2
saya amat2 menghargai penglibatan kalian samada yang dizahirkan dalam bentuk ' komen ' @ sekadar melintas diblog ini.semuanya penting.amat penting.kerana semakin hari saya semakin merasakan ada tanggungjawab yang perlu sentiasa saya laksanakan.
ilmu yang mahu dikongsikan.

23 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

ayat al-'ashr
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Demi masa, sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Jadinya, memang kita semua penting untuk kebaikkan bersama.

Unknown berkata...

cgu anis..

kena sematkan diingatan..
semuanya manusia mahu dianggap penting...
semua betul pada tindakan masing2.
orang berak tepi jalan - mengaku dia betul...........

moralnya : sebagai guru - hargai penglibatan anak2 murid - semuanya penting.

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo

aaahh... semua manusia mahu dianggap penting.. tapi tak ada manusia mampu menjadi sempurna.. wlu mcm mn pun.. kita perlu menghargai semuanya.. "semuanya penting" perjalanan kita masih jauh.. "perlu melangkah dan terus melangkah"

InsyaAllah..

Tirana berkata...

Orang yang paling disenangi ialah orang-orang yang mempunyai tahap ketampanan social yang paling tinggi. Yang bestnya ketampanan social ini ialah satu kemahiran yang boleh dipupuk dan dicari oleh semua orang. Jom kita cari dan menjadi tampan dari segi social...

Unknown berkata...

maiza.

dalam perjalanan naik keatas..
jalan harus kedepan.
kita memang memerlukan orang dikiri kanan kita untuk naik keatas...
kecuali.
kita sekadar nak duduk dan jadi orang biasa.stop.

jadi - disebab ada orang dikiri kanan kita - jadikan semuanya penting...sebab fitrahnya macam tu.

Unknown berkata...

puan tirana

ketampanan sosial
kecantikan sosial.
seramai mana kita tahu kepentingan ketampanan sosial ni..

semua orang berpeluang menjadi tampan @ cantik.

kita ada pilihan.
pilihan pertama jadikan orang lain penting...

Maiyah berkata...

salam.. penting?.. ermm.. kita suma bukannya sempurna sbb tu mcm sy nih akan slalu cari ilmu pd org yg bleh bg ilmu yg manafaat, itulah penting bagi sy hnya mencari ilmu.. makasih

Unknown berkata...

puan maiyah

dalam banyak buku mat salleh - banyak diperkatakan persoalan keterampilan sosial mulakan dengan menjadikan semua orang penting dan mulakan dengan puji - pujian..

saya.
bangga dengan katabahan puan.
ikhlas.

Naffz berkata...

Sesungguhnya...selagi benama manusia, tidak terlepas dari kesilapan. selagi namanya manusia..banyak kelemahan yang perlu di perbaiki....menghargai setiap insan yang ada di muka bumi ini walaupun sekecil zarah memberi penuh makna.. manakala penghargaan yang kita beri tidak semestinya berbentuk material sahaja..mungkin ia juga berbentuk puji-pujian walaupun hanya sekadar memuji 'kamu hebat..kamu cantik..kamu baik..' ianya memberi kesan yang paling mendalam dalam diri org yg di puji, namun..memuji itu biarlah ikhlas dari hati yang tulus...

Unknown berkata...

cgu naff.

dalam buku besar dale carnigie -menyatakan : puji pujian merupakan skill ' maut ' yang bolh kita sertakan diawal pertemuan.'

cari potensi @ kelebihan orang lain - yang tentunya ada...
dan satu lagi subjek dalam kelas CB kita kan.........

AiE bAhRi berkata...

Salam..

Ya!semuanya penting..masing2 ada peranan yang tersendiri..=)

Pn Kartini berkata...

Salam..
Terima kasih kerna memberi motivasi..:)
p/s..kelemahan utk mengingat SEMUA nama ank didikku..tapi mereka ttp sukakn cikgunya..aduhaii..:):)

Unknown berkata...

yes aie

semua org penting..
macam aie - jinggo
amat penting....

Unknown berkata...

pn kartini

dalam bab ingat nama orang ni - saya amat susah.
apa2 pun nama dikaitkan dengan ego seseorang..
jadi hati2 - sesama kita.ingat.

addyaholix berkata...

satu,
dulu saya selalu mahu dianggap penting. tapi saya lupa berbuat yang sama pada manusia sekeling saya. sudahnya saya kecewa. dan saya belajar tentang sesuatu.

dua,
manusia itu haiwan sosial.

Unknown berkata...

dan 3 addy
addy amat2 dihargai disini..

begitulah hukumnya kita dialam fana ni addy.
nak seronok hidup : kena menjadikan orang lain pun diseronokkan....

zan xray berkata...

tip yang bagus untuk menjadikan diri kita juga dihormati.

Unknown berkata...

brozan

hidup ini bertimpalbalik - kita hormat orang - orang hormat kita.....

ZOOL@TOD berkata...

Saya dalam proses berubah (macam transformer) tapi saya lakukan secara berperingkat. Masih ada perkara-perkara di atas yang masih belum mampu saya lakukan sepenuhnya. Insya-Allah saya akan terus berubah ke arah kebaikan.

Unknown berkata...

saudara zool

terima kasih kerana kita berusan -semuga kita dipermudahkanNya.

ONE ZABA berkata...

yang penting hari ni kena cat dapur...kena memanjat la pulak!!!

Unknown berkata...

cgu one

cuba memanjat tak payah pakai apa2....

Asyraf Alpandi berkata...

mUdahnya.....kita katakan begini...bg diri yg penuh sifat MAHMUDAH...pasti disukai ramai.. wsalam..

Eco Kid Adventure on Facebook