Selasa, 8 September 2009

bukan senang !


PUTRAJAYA - Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.
Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.
"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.
DIMANA MULANYA
fakta ber nombor.tanpa mahu menuding pada sesiapa
ini sebahagian daripada kerja2 ' besar ' guru2 dsiplin sekolah.
dan juga tugas2 besar kami ( dulu ) di PLKN
remaja.lepak.rokok dan dadah.
KENAPA DAN MENGAPA
ini satu persoalan yang cukup tidak digemari oleh ramai rakan2 yang mungkin masih menjadikan rokok sebagai teman.
ada yang katakan begini
saya sosial smoker.
ada yang bukan sahaja badan - pakaian pun berbau rokok.
mungkin ada betul @ tidak betul.
MENGENAI REMAJA ROKOK DAN DADAH.
semuanya tentunya bermula dari persekitaran yang tidak sihat.
kesan.jangan diharap perubahan berlaku selagi.
BADANNYA TIDAK ADA MANA2 KEROSAKAN.
sebab dikatakan perubahan itu bukan fitrah manusia.
kita lihat yang ini.
kelaziman akan membentuk budaya akan membentuk tabiat akan membentuk SIKAP akan menbentuk TAKDIR.
kelaziman @ perkara yg kerap dilakukan.
nak ubah takdir bermakna mengubah kelaziman dan budaya + tabiat.
bukan mudah

20 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Dan lebih menyedihkan, majoritinya pelajar melayu.

kaklong berkata...

sedih.
membimbangkan.

~Insan Biasa~ berkata...

saya...pening dengan rokok,dengan asap rokok.dari dulu sampai la ni.

nak mulakan kelaziman tu mcmmana
kalau di rumah ada atok,ayah,abang,pak sedara yg merokok.
kalau di sekolah ada
terserempak..eh cgu pun merokok...

ermm...payah memang payah..

lagi payah kalau yg tukang kempen
"KATAKAN TIDAK PADA ROKOK"
rupanya merokok juga...

abih camno nak buek...

Che' Pit berkata...

salam,

pada sy, tu semua ber pokok pangkal pada diri sdri.. tak boleh nak salahkan faktor sekeliling sepenuhnya.. mcm sy, abg dan abg2 ipar semua merokok tapi alhamdulillah, sy tak..

kawan2 kg, masa remaja dulu selalu lepak mlm2 dgn diorg, dan mmg diorg selamba isap ganja, tapi sy tak walaupun berkawan rapat dgn mereka..

hmm tapi mmg sedih sbb yg terlibat tak lain tak bukan anak2 bangsa kita gak..

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo..

kesian kt bangsa2 kita.. bukannya nak majukan diri ke hadapan.. tp lg nak ke belakang.. sy rasa majoritinya bangsa kita.. tak salah klu nak menoleh sikit kebelakang.. tapi INGAT!! "jangan sesekali berpatah balik ke belakang"...

mcm nie ka nak jd pemimpin pelapis utk negara.. tak pa ada ramai lg yg sesuai..

ckp pasal merokok..
ada seorang hamba allah pernah berurusan dengan sy pada bulan ramadhan nie.. tapi.. masyaAllah.. "bau rokok da.." dah tua pun tak tunjuk moral yg baik... huh!!

Unknown berkata...

saudara zool

yang menghisap budak melayu
jadi taukehnya budak cina...
ha...
ha...
kadang2 terfikir juga dihujungnya bagaiaman sudahnya.

Unknown berkata...

sikakikecil

memang menyedihkan dengan imej yg semakin negetif adik2 kita....
sistem apa lagi yg mahu diperkenalkan kalau tidak ada penguatkuasaan.......

Marzalina berkata...

selalunya punca menagih adalah daripada rokok. saya paling tak suka orang yg merokok..maksud saya..saya tak suka bau asap rokok. tapi sekarang ni tak boleh kata lelaki..ramai juga perempuan yg merokok..dah jadi cam fenomena pulak.

Unknown berkata...

cgu anis.

persekitaran.
kelaziman - jawapan dah adakan..
mulanya dari persekitaran.
untuk itu mari kita sama2 fikirkan...

mendalam tu wak....

Unknown berkata...

che'pit

tahniah kerana tak terlibat - hanya insan terpilih aja kut berjaya menjadi diri sendiri - dikala duduk dipersekitaran orang lain.....

mengenai remaja @ rokok...
persoalannya : bukan masanya......

Unknown berkata...

maiza.
isu ni sensitif
persoalannya bila dikeluaq fakta angka2 ni - risau dibuatnya....
melayu.
saya pernah ke Pusat Seranti - 80 % melayu........

kita fikirkan..

Unknown berkata...

intan..
hang tau tak apa..
bukan lelaki aja merokok..
tapi kalau perempuan..
dah hisap rokok - dia akan beserta dengan pakej...

dia akan hisap benda lain !.
kalau dulu pompuan hisap rokok ni kita macam perempuan kaberet - sekarang...macam apa..

susah nak cakap.
ini sekadar pandangan peribadi.

Guru berkata...

assalammualaikum

mereka hanya budak2...
mereka belajar dan menerima
yang salahnya tetap orang tua
termasuk kita2...kerana
masih membenarkan rokok dan perokok di mana2

masih memerlukan tajaan rokok untuk acara2 bolasepak, jom heboh dan sebagainya

Unknown berkata...

cgu kl.

saya percaya kepada ayat ni..
masalah remaja bermula dengan masalah masyarakat - masalah masyarakat adalah masalah diri sendiri...........

Pn Kartini berkata...

Satu cabaran bg warga pendidik yg berhadapan dgn keruntuhan akhlak ank bangsa yg terlibat dgn DADAH....!

Unknown berkata...

PnKartini

semuga semua warga pendidik jangan ' angkat tangan ' kerana cerita akan terus terusan merebak.....

Unknown berkata...

betul.. persekitaran!tapi,bak kata dr. Hm tuah, NAK KE TAK NAK! pilihan ditgn kita...
-ayah saya, perokok tegar! :( yg sekeliling ckp apapun dah 'mangli'. skrg ayah merokok kt luar, jauh2 dr anak2..busuk, sakit kpla lahh abah!
- mujur adik lelaki, suami(4 beradik lelaki merokok, abg ipar... x merokok
-rakan perempuan...merokok.
-budak djh 2 terang2 bgtau dia dah try merokok... 4,5 org! rokok sape?? abg, ayah dia la...
-situasi sbnr... terang2 cucu hisap rokok daun(boh tembakau lagi, buat2 gaya org dewasa hisap.. tok dia, bpk sedara dia buat x reti je... camno tuh!

kesian, sedih, bimbang sbnrnya pd budak2 ni...bukan cikgu je kena ambil tahu, ibubapa,msyrkt... anak2 kita membesar dlm msrkt skrg, mcmana ye? bimbangnya..

Unknown berkata...

cgu pija
macam nak luahkan perasaan aja..

gitulah puncannya.persekitaran dan kembali kepada imej @ karektor diri...
ada yg mampu lalui semua tu tanpa menjadi perokok..

diri sendiri.

Unknown berkata...

ye ke?? x sedar plak... he..he..

Unknown berkata...

cgu pija

terima kasih kerana kita terus berurusan

Eco Kid Adventure on Facebook