Sabtu, 12 September 2009

cgu dan rotan - macam pakej.

Isu berhubung dengan polemik hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian semua pihak termasuk ibu bapa dan guru apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar yang bermasalah dan
suka melanggar peraturan sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata pengenalan semula hukuman yang dihentikan pada 2006 itu wajar berdasarkan keperluan semasa.
Beliau berkata, hukuman itu akan dikenakan sekiranya pelajar masih berdegil selepas menjalani sesi kaunseling dan tidak menerima nasihat diberikan. Katanya, kementerian sudah mengemukakan cadangan dilaksanakan semula hukuman itu kerana ia dilihat mampu mendisiplinkan pelajar.
Hukuman rotan dilaksanakan mengikut peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Bagaimanapun, pelaksanaannya digantikan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 selepas Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mencadangkan hukuman rotan dihapuskan kerana percaya pendekatan kaunseling lebih berkesan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Kuasa Guru Merotan Murid Bil. 7/2003, dinyatakan pengetua atau guru besar boleh mewakilkan kuasa menjalankan hukuman rotan kepada guru lain bagi maksud itu di dalam bilik dengan disaksikan seorang guru lain.
petikan Harian Sinar
DAN KITA : SIAPA PERNAH KENA ROTAN.
rasanya semua kita pernah ada cerita mengenai
rotan + kita + sekolah + disiplin.
saya mula berkenalan dengan cerita ni semasa berumur 6 tahun lagi.mungkin sudah menjadi satu pakej masa tu - takut dengan cgu2 - sebab cgu dan rotan macam irama dan lagu.itu sebelum masuk sekolah sudah digambarkan begitu.
TERBENTUK SATU KEPERCAYAAN.
cgu dan rotan.dan memang - disekolah sg jejawi - teluk intan ada.
cgu yg menjadikan rotan macam ' pakaiannya '.
pernah kami sorok rotan.
ESOK ADA LAGI.
dan seterusnya kenangan di sekolah menengah.
INI MUNGKIN SAMPAI MATI AKAN DI INGAT.
cgu hashim smk seri perak - teluk intan.
sekumpulan pelajar.
MEROKOK DI ASRAMA
TAK PUASA - DITANGGAP MAKAN.
PONTENG KELAS - BALIK ASRAMA
KELUAR ASRAMA TAK PAKAI BAJU YANG ' POYO ' TU
akhirnya semua di rotan di perhimpunan khas.
dan masa itu : putus cinta kali pertama dengan rozita suratman ( ingat lagi ).
cgu hashim umumkan kesalahan kami didepan semua.
HARI INI
gang KENA rotan
3 darinya adalah guru
1 kaunselor
2 pesyarah
seorang : jinggo
DAN APA BERLAKU HARI INI
bila cgu semakin tidak berani nak sentuh pelajar - apatah lagi untuk merotan.pengalaman seorang rakan guru di - asunta 2 - disaman 2 kali hanys disebab salah informasi - dan akhirnya jangan salah kepada pelajar + remaja seandainya ruang untuk kita memperbaiki mereka tidak dapat dilaksanakan.
saya yakin kepada pendekatan ala2 autokratik merupakan satu bentuk bentuk saluran penambaikan - tapi kesannya tidak sebaik pendekatan ala2 asertif.
KITA FIKIRKAN.

25 ulasan:

Pn Kartini berkata...

pendidikan dulu & sekarang banyak perubahannya..
Dulu..bila ank di rotan..ditambah lagi rotannya oleh penjaganya...
Sekarang..bila ank di rotan ..penjaga yang sibuk membela anak!Menyalahkan guru semata2..

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Saya merotan.. tapi bila betul2 rsa macam budak2 tu melampau sgt..

Besar atau kecil tetap kena - tapi cuba tanya anak murid saya.. di mana saya rotan mereka.. jawapannya di tapak kaki..

Rotan sikit tapi sakitnya.. tuhan saja tahu.. tu petua nenek.. berbekas pun tidak..

insan pendidik berkata...

Salam,

Merotan tu penting menangani disiplin pelajar. Khasnya kalau kes berat atau kes berulangan.Itupun antara pilihan akhir. Tujuannya memberi kesedaran dan mendidik. Menjadikan pelajar itu manusia berguna. Malangnya, ada individu hari ini susah nak terima. Pesan IP cikgu nak merotan, ikut prosedur yang betul.

Rashid berkata...

Salam jinggo,

Baru-baru ini seorang pelajar datang berjumpa saya.. mengucapkan terima kasih kerana merotannya. Katanya, 'saya tau cikgu rotan saya kerana cikgu sayangkan saya.. saya minta maaf cikgu.."

ermm sedih pula bila pelajar berkata sebegitu.

p/s - teringat, saya dalam darjah 2 dahpun kena rotan, kat kaki. Cikgu tu suruh buka kasut, lantas dirotannya kat tapak kaki. adehh.. gara-gara nakal dalam kelas. hehe.

- jinggo - berkata...

PnKartini

itu makayah dulu - sekarang siaplah - bersedia untuk masuk mahkamah - mengampah dengan budak2 macam tu....
kecik2 dan pandai bawa cerita...

sabar aja lah.
saya ni berkat kena rotan lah ni...

- jinggo - berkata...

cgu catzana..

ada seorang kawan di SMK Tropicana - baru gertak nak merotan - dah kena tindakan dan tukar sekolah......

kalau di merotan - mahu kena gantung agaknya...

- jinggo - berkata...

cgu insan..

diharapkan kesedaran begini sampai ke telinga makayah - terutamanya persekitaran ' elit ' kat sekolah cgu tu...

- jinggo - berkata...

cgu rasyid

seronok dengan cerita cgu dan kita mengenai cerita rotan..
disebabkan kami ( saya ) di kem yang lagi sensitif - bukan rotan nak tinggikan suara pun tak boleh....

saya pun - kalau jumpa cgu hashim yg malukan saya tu - mahu aja nak ucapkan terima kasih....

ONE ZABA berkata...

cikgu dan rotan begitu sinonim dan akrab. tetapi tiada seorang pun layak untuk merotan Kartika.

- jinggo - berkata...

cgu one

buat saya ketawa lagi...ada aja...

maiyah berkata...

salam.. bebudk skrg mmg dasat, tak salah kan cikgu kalo naik hangin ngan memurid yg kureng diajar nih, tapi tu ler tak bleh nak hukum lebeh2 pd mrk skrg nanti kene saman.. sapa lah tak naik hangin kalo ada yg bersikap terover kurang ajar, cikgu ni kan manusia biasa gak :)

Che' Pit berkata...

salam cgu jinggo,

mmg jauh beza bdk2 skrg dgn dulu.. cikgu2 pun dah takut nak merotan.. nasib baik masa sy sekolah dulu tak pernah kena rotan, tapi masa sekolah rendah dulu, selalu kena sebat dgn kayu pembaris kuning yg panjang tu.. yg dasyatnya ada satu cikgu perempuan tu, mmg selalu menerbangkan kayu pembaris tu kat kami.. bahaya tul, ngeh ngeh ngeh..

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Saya bukan jenis makan saman.. hehe..

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Insan Biasa~ berkata...

wak ada juga makayah yg pesan...cikgu boleh rotan anak saya...saya tak kisah asalkan jangan sampai berbirat...berdarah sudahla.
tapi bila anak kena rotan sikit...benda tu diungkit dalam pibg...camne la pulak....cakap x serupa bikin.

10 thn dalam dunia perguruan. saya pernah merotan sekali. itulah pertama dan terakhir...8thn dah berlalu.

dan murid yang pernah dirotan tu lah yang akan menegur saya...kalau terserempak kat luar...dah anak dara...dah sama besar dgn ckgu yg merotannya dulu.hahaha... kerana rotan itulah yang mengakrabkan hubungan.

- jinggo - berkata...

puan maiyah

jadi cgu hari ini ada pilihan..
kerja sekadar kerja @ kerja dengan komitmen - maka bersediakan dengan segala cabaran...........

- jinggo - berkata...

che pit

ngeh...ngeh..
kayu pembaris kuning - satu lagi nostalgia kita....

- jinggo - berkata...

wak ada juga makayah yg pesan...cikgu boleh rotan anak saya...saya tak kisah asalkan jangan sampai berbirat...berdarah sudahla.

cgu anis..

tu ayat klasik...
ada lagi ke

~Insan Biasa~ berkata...

ada...sapa kata ayat yang klasik tu tak diguna lagi...??

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo..

bercakap pasal rotan merotan nie.. sudah tentu semua ada pengalaman masing2.. trmasuk saya..hee... tp sbb sy trtinggal buku ats bas.. bl cikgu masuk kelas ja.. cr2 ja buku ala.. cikgu tue memang pantang student dia tak bawa buku utk sbjek dia.. pd hal sy tak sengaja.. tp tak berani la melawan.. last2 kn rotan jg.. tp kena rotan "manja ja" kt telapak tngan.. lps pd tue sy akn pastikn sblm turun dr bas buku apa pun tak di tinggalkn lg.. rindu kt cikgu tue..
kalau sekarang hal2 cmtu cikgu rotan.. abeh la.. siap saman menyaman. pasal tue budak sekarang melampau sngat.. "bukan semua"
bkn ja nak rotan.. blom rotan lg br gertak ja dh balik rumah mengadu pd parents.. parents lak tak bleh lgsung jentik ank dorng.. tp tak semua mcm tue..

mirae berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
mirae berkata...

sy dulu pn kat skolah ckgu guna pembaris kayu colour kuning tu..msuk2 kelas smua kne berdiri,ckgu tny sifir..x dpt jawab kne rotan kt tapak tgn..jd blek umh msti trus hafal sifir and siapkn homework..tp skrng ble sy bljar utk mnjadi seorang guru,lecturer slalu ingatkn "better u never touch their son"..mcm2 isu dah pasl rotan ni..ckgu skrng pn rasanya jarng dah rotn student..klu ayah sy cite,zman dye lg truk..tp itu lah yg mnjadikan mereka seorang "manusia"

- jinggo - berkata...

cgu anis

kerana ayat klasik tu - jinggo dan kita yang lain berjaya...

- jinggo - berkata...

maiza..

kesian rotan - satu dari fungsinya dah terabai....

- jinggo - berkata...

mirae

seronoknya.
rotan + pembaris kuning..
he...bestnya proses bermulanya org yg berjaya..

Eco Kid Adventure on Facebook