Jumaat, 4 September 2009

kita belajar lagi

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.
Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.
Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.
Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.
KITA KONGSIKAN YANG INI.
Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.
Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.
Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. . Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. . Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.
Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan.
Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'.
Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan.
Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan.
Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.
Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.
Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen,
maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.
Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka.
Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.
sumber kosmo
DARI JINGGO
komunikasi melibat hubungan hubungan duahala.
pengucap dan pendengar.
bagaimana kalau ada satu diantara duanya tidak mampu berada dalam situasi komunikasi yang dibenar.kesudian untuk berada dalam keadaan yang bertimpalbalik.
kesedian untuk mendengar.
saya yakin ini adalah satu ' kecelakaan '
dalam mana2 hubungan sosial
KEMAHIRAN MENDENGAR
selain fakta menyatakan
60 % kefahaman dalam hubungan komunikasi ada ' bahasa badan '.
HARI INI.
kemahiran ini seharus diletakkan diatas dalam kontek hubungan sosial.

10 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

semuanya....sangat betul.
Tapi masa nak praktikkan...macam2 hal..
kenapa macam tu eh...budaya?sikap?

Unknown berkata...

cgu anis

semua praktikal
nak praktikkan..
ini hubungan 2 manusia - kesudian untuk berada dalam persekitaran komunikasi yang sama dikaitkan dengan sikap dan karektor..

semuga kita berusaha kearah yg lebih baik..

ONE ZABA berkata...

resam manusia...nak dilayan dan dibelai. seganas-ganas lelaki , kalau kena pujuk rayu dan belaiannya cair jugak. tapi...sikap manusia (termasuk diri sendiri) sentiasa berubah-ubah. ada masanya suka dan ada masanya sesuatu yg disukai jadi tidak disukai pulak. ikut mood. kita sentiasa kena belajar dan memahami hati dan perasaan org lain. terutama yg dekat dgn kita.

Pn Kartini berkata...

Salam..
Agaknya kalau semua pasangan suami isteri mempraktikkan apa yg disarankan ini..aman sejahteralah kan..:):)

Unknown berkata...

kali ni cguOne
tak buat lawak...
he..
gitulah cgu.
setiap kita ada pengalaman yg berbeza..dalam hubungan sosial.
yang pasti.
komunikasi yg berkesan seharusnya diatas...

Unknown berkata...

PnKartini

saya yakin pada hubungan 2 kali
dan pastinya kenalah berkehendak..
ini pun macam motivasi juga kut..
Nak
Faham
bertindak.
kalau sorang aja............

Marzalina berkata...

nak komen lebih2 pun belum ada pasangan lagi..apapun ini boleh di jadikan panduan buat saya di masa hadapan.

Unknown berkata...

intan
tak semesti berkahwin

dengan marka hang pun kena macam tu...
ha - ilmu ni.
zaman la ni kena belajaq awai2...
nanti terkantoi bila dah kahwin.....betul tak

Mak Su berkata...

shakap...
shakap.... :)

Unknown berkata...

mak su

shakap..
cakap
ke.....

Eco Kid Adventure on Facebook