Khamis, 10 September 2009

kita belajar lagi

Dalam hidup ini sememangnya bukan mudah untuk mencari cinta yang sejati. Namun jangan gusar kerana cinta itu sentiasa ada dan terpulang kepada diri anda untuk mencari dan akhirnya, memiliki cinta sebenar.
Bagaimanapun dalam meraih cinta sejati, ramai di antara kita yang bingung. Maklumlah bercinta sudah bertahun-tahun lamanya dan dirasakan dialah insan yang paling sesuai,
tetapi akhirnya putus jua di pertengahan jalan.
Situasi ini membuatkan sesetengah individu merasa serik untuk bercinta. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah tersebut, janganlah terlalu bimbang. Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh dijadikan asas untuk
memilih pasangan berdasarkan karektor sebenar diri anda.
Apa yang anda perlu lakukan, kaji personaliti diri dan pilihlah kekasih yang bersesuaian mengikut panduan yang diberikan. Moga-moga pilihan anda kali ini bertepatan dan percintaan anda berakhir di pelamin indah. Jika masih tidak kesampaian, cuba sekali lagi sehingga anda berjaya.
Karektor pendiam dan pemalu
Selalunya mereka yang mempunyai karektor sebegini agak sukar untuk mencari pasangan hidup. Maklumlah kebanyakan orang sekarang lebih sukakan teman yang bijak bersosial dan senang untuk berbicara di dalam apa jua situasi.
Jika kamu mempunyai karektor sebegini, pasangan yang dipilih haruslah seorang yang ceria dan gemar bergurau. Sikapnya yang ceria dan mudah tersenyum pasti akan memberikan warna kepada kehidupan anda yang sebelum ini agak beku dan kaku.
Untuk mencari kekasih, anda perlu elakkan individu yang mempunyai karektor seperti anda. Jika anda terjatuh cinta dengan insan yang juga pendiam dan pemalu, sudah pasti perhubungan yang terjalin suram dan akhirnya tidak mampu bertahan lama.
Peramah atau periang
Bagi mereka yang mempunyai sikap peramah dan periang, kekasih yang menjadi pilihan seharusnya mereka yang mempunyai karektor yang sama dengan anda. Barulah hidup anda serasi dan perhubungan yang terjalin mampu bertahan lama.
Jika anda memilih pasangan yang pendiam, pasti anda akan merasa bosan. Maklumlah apabila anda membuat lawak, hanya anda seorang yang ketawa. Sebaliknya si dia hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan lawak yang anda lakukan.
Selain itu elakkan juga diri anda dengan individu yang terlalu pemalu, sensitif ataupun romantik. Jiwa anda sebenarnya agak kasar dan tidak suka terlalu memikirkan perkara-perkara yang kecil. Lebih teruk, anda juga tidak tahu untuk memujuk sekiranya pasangan anda merajuk untuk perkara yang anda rasakan tidak wajar untuk diperbesarkan.
Lincah dan aktif
( jinggo kut )
Kehidupan anda yang terlalu banyak komitmen termasuklah terhadap kerjaya, keluarga dan teman-teman membuatkan anda sukar untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi.
Untuk anda yang mempunyai karektor sebegini, anda perlu mencari kekasih yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan dengan apa sahaja yang anda lakukan. Lebih seronok jika si dia boleh berkongsi minat dengan anda serta mampu menjadi sebahagian daripada rakan-rakan baik anda.
Jika anda bertemu dengan insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dialah paling tepat untuk menjadi pasangan hidup anda.
Individu yang perlu anda elakkan ialah mereka yang terlalu sensitif atau mudah merajuk. Sebabnya anda bukan seorang yang romantik dan
tugas memujuk adalah sesuatu yang amat sukar untuk anda lakukan.
Sensitif
Mereka yang terlalu sensitif sebenarnya agak sukar untuk mencari pasangan yang serasi. Mereka terlalu mudah terasa dan jiwa yang dimiliki terlalu lembut. Oleh itu, insan yang mahu berdampingan dengan mereka perlu sentiasa menjaga perlakuan serta tutur kata agar si dia tidak terluka.
Orang yang paling sesuai dengan anda tentulah seorang romantis, pandai memujuk dan membelai, manja serta berjiwa lembut. Insan yang berjiwa lembut juga kebiasaannya sangat bijak mengambil hati dan amat serasi dengan diri anda yang sensitif.
Jangan sekali-kali mencari mereka yang lincah ataupun aktif kerana anda tidak akan terkejar dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Akhirnya anda akan merasa diabaikan, membawa diri dan seterusnya perhubungan yang terjalin musnah begitu sahaja.
Berkeyakinan
Sikap yakin yang ada pada diri anda memang bagus. Namun jika anda terlalu yakin dengan apa sahaja yang anda lakukan hingga ada teman yang melabelkan anda sebagai angkuh, sudah pasti anda sukar untuk mencari pasangan yang serasi.
Untuk mereka yang berkeyakinan, pasangan yang paling cocok dengan anda ialah individu yang berpendidikan tinggi serta bijak berkata-kata. Sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertukar-tukar fikiran kerana 'standard' yang dimiliki oleh pasangan anda seiring dengan keyakinan yang anda miliki.

Namun harus diingat, sikap yakin perlu diimbangi dengan rasa sabar dan bertimbang rasa supaya mereka yang mendampingi anda berasa selesa apabila keluar bersama. Apabila keselesaan itu wujud, anda bolehlah menyemai keserasian untuk hidup bersama.

22 ulasan:

CITY® berkata...

salam cikgu..

errrrrrrrrr

kadang2i leh jadi peramah
kadang2 i leh jadi pendiam
ada masa i lincah
ada masa i aktif
ada masa i pasif
ada ketika i sensitif
ada ketika i kebal
ada menda i yakin
ada menda i tak pasti

so, aku hanya lah aku
insan biasa yg lemah
yg punya mcam2 ragam
heeee

Tirana berkata...

Dah terlambat kot untuk saya memilih pasangan hehehe.. Dalam Islam pun kita digalakkan memilih pasangan yang sekufu' iaitu yang sesuai dengan sikap, personaliti dan taraf hidup kita.

Unknown berkata...

alamak blue

jadi semua sekali..
mana satu yang dominan..
sesekali kita fikir2 ilmu ni - betul juga...

Unknown berkata...

puan tirana

sebab tu orang2 dulu - sibuk berkira2 nak menjodohkan anak - sebab persenoliti - itu asas kepada hubungan sosial..

Maiyah berkata...

salam.. sy dah tak pikir2 pun pasal psgn nih, lbh suka camni.. org kalo tgk sy pun pasti pikir 2/3 kali :D

MaizaC'Joe berkata...

salam Jinggo..

hee... saya org cmna ekk??
saya peramah periang tapi pemalu.. klu kt romantik tue adoii jauh sekali.. sensitif.. utk hal2 trtentu mungkin jg "kucing mati" tpkejap ja.. pastu ok.. nak kata lincah/aktif.. emm.. boleh la.. saya teringat sesuatu... kali pertama kawan YM add saya hee... ada la jg org tue tnya saya.. time study di universiti dl.. saya aktif tak???
heee....

Che' Pit berkata...

salam cgu jinggo,

ooo patutlah sampai skrg sy ni bujang lagi, sbb sy ni mmg pendiam dan pemalu, ngeh ngeh ngeh..

~Insan Biasa~ berkata...

yang dominan...hermmm cmne erk...

ada orang dulu pasif disebabkan sesuatu perkara dia boleh bertukar karektor ,jadi aktif
atau yang sebaliknya
dari aktif jadi pasif...

persekitaran dan pengalaman seseorang adakalanya memainkan peranan juga dalam pembinaan karektor diri seseorang...tak macamtu ke wak...??

Unknown berkata...

puan maiyah..

saya percaya hanya lelaki yg 'klasik ' sahaja yg melihat zahirnya pasanganyan berdasarkan pandangan fizikal

Unknown berkata...

maiza..

kita kalau nak berpasangan : jadilah diri sendiri - jangan terperangkap dengan pandangan zahir sahaja..
bahaya..

Unknown berkata...

che pit..

bujang rupanya..
he...
he...
boleh lah ambil nota untuk memudahkan urusan...
ngeh..ngeh...ngeh...

Unknown berkata...

yes wak jinggo

persekitaran akan mengubah - tapi dalamannya sama- itu true color namanya...
he...

ONE ZABA berkata...

semuanya sudah dilalui. moga yg ada ini berkekalan...

Unknown berkata...

cguone

tahniah - kerana semua nya dan dilalui.semuga dipermudahkanNya

Tea Cha Hai berkata...

Dulu, Cinta itu jatuh pada pandangan pertama.... Sayang bangun pada pertemuan pertama...kasih berdiri pada perjanjian pertama..JADI ikatan disimpul...

Namun...cinta sememangnya jatuh...dan hampir tersungkur...kerana cinta yg hadir adalah cinta buta...hadir tanpa mahu mengenal diri dan dia...
Tanpa sedar keperluan utk berkasih dan sayang tidak sama...rasa kongsi hampir tidak ada......


Semoga bertemu SIAPA yang melengkapi...bukan SIAPA yang menyempurnakan...

Guru berkata...

assalammualaikum

alhamdulillah tak payah mencari lagi dah

Unknown berkata...

ye... entry ni mmg ada kebenarannya..

saya n suami pun mmpyai karektor yg agak berbeza... tp rasanya apa yg kami miliki ini slg melengkapi antara 1 sama lain... ish,kalo semuanya sama, bosan tuu!!

masa bercinta, mmg la bunga2 cinta je... wangi, indah.. baik2 belaka... apapun, toleransi, kompromi, hormat menghormati...

cg jinggo--> bahagia sedang menanti anda.... tuu diaa...!

Unknown berkata...

cgu KL..

alhamdulilah - tu bermadsud memang en abang tu menetapi ' sasaran ' kan....semuga berkekalan...
he...

Unknown berkata...

cgu pija

ayat yg dihujung tu tak tahan dengar..
semuga kita dipermudah dan diberkatiNya...

Unknown berkata...

cgu ari..

membaca keseluruhan komen - saya faham - cgu menulis dari hati.....semuga kita menjadikan N3 ini sebagai ilmu...

Tanpa Nama berkata...

Selamat berjaya mendapat pasangan pada yang sedang mencari.

Kak hanim dah lepas tahap tu. Alhamdulillah hingga sekarang masih utuh.

Unknown berkata...

kak hanim..

he..terima kasih banyak2...
banyak pengalaman ni..
selamat bersahur

Eco Kid Adventure on Facebook