Jumaat, 25 September 2009

suatu hari di hari raya 2

Hari Raya pertama - di Perth

Bersama famili besar di Perth.

Kita sekadar berkongsi.
MUNGKIN ADA BETUL DAN SALAHNYA DIMANA.
saya secara peribadinya adalah diantara ' anak ' yang amat jauh dari keluarga.
sehinggakan hilang satu kemanisan nak balik kampung.
KENAPA.
saya lama diluar sistem kekeluargaan.
dari tingkatan satu ( 13 tahun ) sehinggalah ke Landsdale - Perth.
saya mula jarak dan menjarakkan diri dari famili terutamanya- ayah.
mungkin didikan ayah yang agak ' keras ' barangkali.
dan tidak keterlaluan kalau mahu saya kongsikan.
AYAH SEORANG YANG CUKUP ' GAGAL ' MENGAWAL MARAHNYA.
dan tidak keterlaluan kalau saya katakan : ada parut yang masih ada di badan saya.
menandakan : itulah kesannya.
kesemua ini menjadikan saya jauh.
TERMASUKLAH HARI RAYA.
dikala sepatutnya saya bersama mak + ayah.
saya menahan - mungkin dendam.
walaupun begitu.
KERANA AYAH LAH SAYA SAMPAI KE LUAR NEGARA.
kerana ayah lah saya menjadi seorang yang mungkin boleh dibanggakan
TETAPI AYAH TIDAK PERNAH MELAFAZKAN.
dan tahun 2009.
ada yang tidak sempurna lagi - ayah masih dengan suara yg sama.nada yang sama.
DARI JINGGO
sedayanya saya cuba untuk tidak menjadi seperti ayah dalam bab mendidik anak2.
bukan ayah tidak bagus.mungkin pendekatan ' ala2 ahli gusti ' sudah tidak sesuai lagi dengan keperluan masa.
KESANNYA
terbentuk satu kepercayaan dan 'carta sikap ' yang cukup besar dalam diri saya dan mungkin kepada anak2 yg dididik dalam keadaan begitu.
terlintas ' ayah ' seakan tergambar sesuatu yang telah membentuk satu ' sistem kepercayaan '.
keadaan ini hanya mampu dirungkai bilamana sistem kepercayaan ini mampu dirobohkan.
kepada kita mak dan ayah.
kadang2 kita tidak pernah tahu @ dan mungkin tidak tahu.kesan dari keganasan sikap kita terhadap anak2.yang pada kita mungkin biasa.
tapi kesannya adalah luar biasa.

21 ulasan:

Tirana berkata...

Kena buang program lama yang membentuk kepercayaan negatif itu dan gantikan dengan program baru yang lebih positif dalam minda separa sedar.

therosputih berkata...

proses pembuangan program y telah wujud dlm diri memerlukan sesuatu y dipanggil perubahan...

Unknown berkata...

puan tirana.
saya sedang membaca - skill untuk membuang kepercayaan yang kita sangkakan betul - tapi tak betul....
betul pada kita
tak betul pada orang lain....

yang menarik - semua nya menjadikan kita lebih tahu daripada orang lain...

Unknown berkata...

ain...
perubahan.
kita selalu bercakap mengenai perubahan...
bertindak - adalah kuasa yg hanya ada pada diri kita.......

semuanya memerlukan proses diantara ke2nya.....

Guru berkata...

assalammualaikum

masing2 tercorak dari pengalaman hidup,
begitu juga ibu bapa kita.
kita sebagai anak wajib mendoakan yang terbaik untuk mereka.

zan xray berkata...

saya nak kata setuju juga dengan pendapat anda.
ada sesuatu yang perlu kita ambil ikhtibar cara didikan orang tua terhadap anak-anak boleh dan akan juga meninggalkan kesan

zai berkata...

Salam Jinggo..

Ada yang mengatakan sifat ibubapa mempengaruhi karektor anak2..jika ayah mmg seorang pendera..anak juga akan membesar menjadi seorang pendendam dan pendera secara tidak langsung tanpa disedari..ntah betul atau tidak...

Karektor ayah anda sejiwa dengan ayah kak zai..begitulah sifatnya dari dulu sehingga kini (srg pendera fizikal dan mental)dan itulah yg menjarakkan anak2 dengannya..baginya kehadiran anak2 adalah satu gangguan dan sering menyendiri ketika kami sekeluarga berkumpul tapi nasib baiklah kami mempunyai seorang ibu mithali yg berjiwa hebat yg sggp menelan pahit maung hidup bersama srg lelaki yg sukar demi krn sayangkan anak2nya...

Apapun sbg anak kita ttp bertanggungjawap dan harus sentiasa berlemah lembut dan merendah diri thdp ibu bapa krn tanpa mereka siapalah kita..dan dalam diri kita mengalir darah yg sama..

Ibu dan Bapa adalah wali2 keramat kerana kata2 mereka adalah satu doa dan Allah Maha Adil..tiada yg mampu terlepas di hari pembalasan nnti atas setiap perbuatan baik atau buruk semuanya akan ttp akan diadili krn stp dari kita memikul tanggungjawap masing2 yg akan disoal dipadang mahsyar nnti..

Akhirnya..terasa sedih betul baca N3 ni sbb ingatkan ayah kak zai jer camtu..

ZOOL@TOD berkata...

Saya jadikan perkara-perkara negatif sebagai perangsang/ dorongan/ motivasi untuk saya lebih positif. Sehingga hari ini, teknik ini masih berkesan kepada saya.

Walaubagaimanapun kita hanya manusia biasa yang dianugerahkan Allah dengan hati dan perasaan. Adakalanya amat sukar untuk bertinadak positif bila perkara tersebut melibatkan hati dan perasaaan. Buatlah sekadar termampu dan buat sedikit demi sedikit. Insya-Allah kita boleh mengubah dan berubah.

azlanlin berkata...

Program itu adalah biasa bagi seseorang yang pernah melaluinya dan luarbiasa bagi yang tidak pernah melaluinya.

Hakikatnya program itu hanya mampu kita tangkis dan 'pulangkan kembali dengan kata-kata' berteraskan segumpal semangat untuk kita luahkan apa yang dirasai dengan penuh rasa keras hati.

Pastikan selepas itu, kita harus memohon maaf untuk tidak terus menjeruk rasa.

Malangnya, 'kuatkah' emosi kita apabila berhadapan situasi sebegini kerana ianya melibatkan 'hati dan perasaan'.

Selagi tidak diluahkan, selagi itulah kita akan 'memendam'...

PERCAYALAH... apa yang dirasai perlu dijelaskan secara tegas dan berhemah....Insyallah... itu yang saya pernah lalui dengan sedikit pengalaman...

Unknown berkata...

cgu KL...

saya secara sedarnya mengucapkan ribuan terima kasih...
saya tak betul dalam hal ni..
cuma kadang2 - sebagai ' mangsa ' -ini diluar kesedaran saya..

yang terbaik.
saya doakan sentiasa kesejahtraan kedua makayah di kampung.

Unknown berkata...

BroZan

rasanya zan masih bujang - begitulah anak2 yg melihat satu persatu....
dan semua menjadi MODUL...bagaimana kalau aku ada anak nanti...mesti didikan makayah yg menjadi panduan..

pada saya : modul yg baik kita akui betulnya - sebaliknya - sedaya abaikan.....

mengenai kesan - semuga dibuka pintu pertemuan kami...

Unknown berkata...

kak zai..

saya sedari awal - aura saya memang tak kena dengan ayah.mungkin itu asasnya.tapi menariknya - dendam - itulah yg sentiasa menjadi kekuatan saya.....

kami memang macam itik dan ayam - sorang cakap lain - sorang cakap lain...

sebagai anak2 - saya berbaik sangka aja..cuma untuk menjaga emosi sendiri......
saya jarakkan diri - mungkin ada ruang dalm bentuk lain agaknya kami ni...

Maiyah berkata...

arwah bapak sy pun sorang yg gagal dlm kawal marah, sy slalu kene pukul, biasa ler nakal plak mmg kene sesah jer ngan arwah bapak.. kalo dulu sy jadi pendendam gak tapi skrg sy dah lebih pikir positif, orgnya pun dah takde makin rindu dan slalu sedekahkan yaasin padanya :)

Unknown berkata...

zool..

kita sekadar berkongsi cerita...
saya sentiasa bersangkabaik dengan apa yg berlaku.
dan - saya belajar dan berjaya ini pun atas - ' dendam ' tu....
mungkin ayah tak tahu....

macamana sakitnya hati pada dia..
begitulah kuat motivasi dalaman - sampai sekarang..

dia tidak pernah tahu....

Unknown berkata...

Selagi tidak diluahkan, selagi itulah kita akan 'memendam'...

cgu azlan.

luahkan.
itu kaedah yg paling sempurna.
jumpa-duduk dan berbincang....

apa2 pun - itulah kekuatan jinggo hari ini............

Unknown berkata...

puan maiyah.

hari ini dia masih ada.
dendam dah kurang.
tapi takut - nak jaga emosi sendiri....
macam ' takut2 ' nak sembang - mesti kena !.

semuga kami dirahmatiNya.

Dearie Pearls berkata...

Salam Bro..
Untuk entry ni, LOL rasa sedikit berbeza kerana mungkin LOL masih ingat ayah LOL seorang yg penyayang kerana LOL lebih dekat dengan ayah (sebelum pemergiannya beberapa tahun yg lalu).

Apapun, cara kita berfikir berbeza kerana situasi yg berbeza.
Mungkin satu hari nanti ayah Bro akan berubah. Doakan yg terbaik.

Salam raya kepada Bro..

zaijb berkata...

cikgu... saya rasa cara didikan dan ketika itu darah masih muda mungkin faktor penyebab dia menjadi ayah yg panas baran... tp bila umo nye telah meningkat... saya percaya ia berubah walaupun cikgu masih tak nampak... kerana itu lah ego lelaki ia tak nak tunjukan..
tapi saper tahu di sudut hatinye... dia sgt merindui anak yg pernah dia memarahinya dan pernah dia memukul... tapi krn ape dia buat begitu?? jawapan nya cukup mudah, pastilahhh kerana kasih sayang... cuma caranye yg salah... membuktikan kasih sayangnya sebegitu...
Cikgu, mana ada ibu bapa tak sayang kan anaknya... cuma menzahirkan nye itu yg berbeza...
Sy tahu cikgu lebih memahami ayah cikgu... sy hanya mentaksir saja.
Sy pun begitu juga pernah dimarah dan dpukul mungkin krn kenakalan saya.. tp sy bersangka baik.. jika tak begitu mungkin saya tak sebegini...
janganlah kekecewaan itu berlarutan... ingatlah walauape pun yg terjadi pasti ada hikmahnye... mungkin kejayaan yg datang ini sebenarnye adalah doa yg sering dia ucapkan... dan Allah telah memberkatinye...
Hari yg telah lalu biarlah berlalu... kita ubah diri ini supaya jadi yg terbaik... dan saya pasti cikgu telah menjadi contoh bapa yang terbaik buat anak2 cikgu..
maafkan saya ini hanya luahan hati saya saja...

Unknown berkata...

LoL...
kita ada situasi yg berbeza..
sekarang saya seorang - ayah - diharapkan apa yg kita kongsikan tidak menjadi satu tafsiran negetif...

secatra peribadinya saya menerima siapa dia.
cuma untuk berhadapan - rasanya ada masanya - mungkin baik saya senyap sahaja.....

Unknown berkata...

zaijb..

saya anggap ini N3 ini bukan untuk membuka pekong didada.
rasanya ramai lagi yg diluar sana - yg berhubungan macam itik dan ayam - dengan parent masing2..

apa yg boleh dibuat - bersangkabaik - tidak menongkak arus -kesan dari pembentukan masa kecik agakanya....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

tindakan.. bersangka baik.. ayah saya juga mendidik agak keras dl.. tp hnya manja2.. klu tak kerana ayah sy masih tak pandai membaca.. hafal sifir.. tp mendidik ada caranya.. klu trlalu keras yang dah di hafal pun boleh menjadi lupa..

terima kasih kepada ayah mak dan cikgu..

parut di badan mungkin juga bukti ayah sayangkan kita... br sy tau.. kenapa.. ada jg saya trfikir "kenapa tak balik kg"

maaf Jinggo.. ayah tetap ayah.. "tika ini dia masih ada kita tak tahu apa yg akan trjadi kelak..."

Eco Kid Adventure on Facebook