Ahad, 13 September 2009

kita yang mana satu...

Satu Kem Pembinaan Diri seorang penceramah mengajar
pelatih nya tentang kehidupan.
Agak pelik hari tu kerana penceramah itu membawa
tiga periuk.air.lobak.telur.kopi pada hari itu.
Dan ketiga2 bahan tersebut dimasukkan di dalam periuk yang berbeza dan dipanaskan.
15 minit kemudian
Benda2 itu dibawa keluar , dan hasilnya.
Lobak tadi sudah layu.
Telur menjadi keras.
Kopi tetap kopi.
Kesimpulan untuk difikirkan :
Lobak mewakili seseorang yang keras , kuat bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Agresif. Bila berhadapan dengan pemasalahan yang bertubi - tubi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut emosi dan layu.
Telur mewakili seseorang yang lembut , bijak berbicara , asertif dan cukup di senangi oleh orang lain. Bila berhadapan dengan cabaran dan pemasalah.
Dia menjadi keras , sombong , angguh dan egois.
Kopi tetap kopi.
malah warna tidak merubah.Malah akan meninggalkan haruman.
Dari Jinggo
satu lagi kisah persekitaran kita.
mana satu pilihan kita - secara zahirnya karektor kita sudah ditentukan secara asasnya.
persekitaran dan pendidikan semasa menjadi kita ' berubah '.
sebab itu saya yakin - ilmu2 baru mengenai karektor berdasarkan ' numberlogi + metafizik ' hanya sekadar ilmu yang bukan penyudah - siapa kita.
dihujungnya adalah tindakan kita berdasarkan potensi diri.
KITA BERPELUANG MENJADI YANG TERBAIK.
dalam proses ini - kita memerlukan orang2 lain
kebijaksanaan kita mengendali diri dan orang lain yang akan menentukan dihujung kita bagaimana.

31 ulasan:

Maiyah berkata...

nak makan telor masak sambal :D

FdausAmad berkata...

Gua nak ajak dtg lepak kt blog gua.Rilek rilek.

Pn Kartini berkata...

Salam
Lobak..Telur..Kopi..

Kopi walaupun hitam..tp aromanya tetap menawan kalbu..
& bisa membuatkan ketagihannya..
Satu kiasan karektor yang didambakan..

Unknown berkata...

puan maiyah

terima kasih
saya pun nak pekena - telur dada aja lah....

Unknown berkata...

fdaus

terima kasih - nanti saya jengok

Unknown berkata...

pn kartini

kita belajar lagi satu cerita...dan kiasan ini

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

lobak, telur dan kopi ada kelebihan dan kekurangan masing2.. kalau boleh saya nak jadi telur ja.. tapi... saya tak nak menjadi sombong, angkuh dan egois..
kopi tetap kopi tapi tidak berubah.. malah tinggalkan haruman.. yg akan di ingati sampai bila-bila.. klu boleh memilih 2.. saya akan memilih kedua-duanya....

Unknown berkata...

maiza

saya nak jadi...
semua
ambik mana yang baik2 aja...
lobak.telor dan kopi - semua boleh bergunakan kepada manusia...
cuma bezanya bila diberi tekanan aja....

MaizaC'Joe berkata...

la.. ingat kn pilih satu ja.. klu cmtue sy nak pilih semua jg.. lobak, telur dan kopi..
ambil yg baik2 ja...

Unknown berkata...

maiza..

kan semua tu manusia boleh makan.......
bila boleh makan - tentunya berguna....tapi kita belajar dari sudut lain.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Che' Pit berkata...

salam cgu jinggo..

sy setuju.. sy nak kadi semua.. fleksibel.. boleh tukar2 ikut keadaan.. bukan takde pendirian tapi kita kena pandai2 sesuaikan ikut keadaan

~Insan Biasa~ berkata...

Lobak ke, telur ke, kopi ke....
pilih jadi diri sendiri. tiga2 tu memang ada dalam diri mengikut situasi...tak perlu nak hipokrit dengan diri sendiri. Apa yang boleh dilakukan...yang tak berapa nak elok sifat tu...kita baiki takpun..kita kurangkan ...

ONE ZABA berkata...

telur amat diperlukan untuk buat kuih bahulu....

kuih bahulu pulak amat sedap kalau dicicah dengan air kopi....

fuhhh....kecur aku dibuatnya!

zai berkata...

untuk menjadi KITA pada hari ini adalah merupakan laluan yang penuh onak dan duri bagi KITA yang telah menempuhnya dulu..

Kita boleh menuding kesalahan oranglain tapi jangan lupa..satu jari yang menuding ke arah oranglain 3 jari lagi menuding kearah diri sendiri..

Unknown berkata...

che pit ngeh..ngeh..
kita ' pukul ' semua..
mana yg baik kits jadikan panduan - mana yg tidak kita jadikan sempadan..

betul tak...

Unknown berkata...

cgu anis

betul2 semua ada dalam diri kita - samada kita dominasikan @ tidak....
kita disini - untuk diajar dan belajar.
kita belajar sesuatu lagi.

Unknown berkata...

cgu one

ada aja idea2 lawak...
he....
he....

Unknown berkata...

kak zai

satu pandangan yg amat praktikal dengan keperluan hari ini..

terima kasih

zan xray berkata...

Nampaknya perwatakan telur dan kopi lebih menarik, tak gitu jinggo?

Marzalina berkata...

saya juga suka kopi..walaupun warnanya hitam..rasanya sedap dan baunya membangktkan selera.

Unknown berkata...

broZan

nampak kayanya gitulah..
tapi jangan dilupakan peranan lopak...

Unknown berkata...

intan..

saya suka kopi cap manggih.....

Tanpa Nama berkata...

eh jinggo? .. berapa ramai nama jinggo nie? confuse2... ~♡

ZOOL@TOD berkata...

Kopi Che Nah le yop, kilang kat teluk intan.

Unknown berkata...

media cyber

memang ramai nak jinggo
jinggo pengarah filem
jinggo ' reformasi '..
ni
cgu jinggo.....aktivis alam sekitar...ha

Unknown berkata...

ha..kopi che yap - kilang kat sg manik...

mirae berkata...

x suka air kopi..hehe..
tp simbolik kopi 2 unik..
maintain jek..pape pn sy setuji..smua ad kpentingan tersendiri..yg ptng kte harus bijak mnilai mne yang baik dan mne yg buruk..

Unknown berkata...

mirae

terima kasih kerana pandangan yg praktikal...

Ary berkata...

artikal yg best! tq cikgu... :)

Unknown berkata...

ary

terima kasih kerana sentiasa sokong...

Eco Kid Adventure on Facebook