Rabu, 9 September 2009

kuasa percaya

Pernah diadakan satu perlumbaan yang begitu menakjubkan iaitu pertandingan menyeberang air terjun Niagara di Amerika. Peserta perlu menyeberangi air terjun dengan berjalan di atas seutas tali dan menggunakan sebatang tiang sebagai pengimbang
Sejak pertandingan bermula ramai perserta mencuba.dan gagal.
Berbekal pengalaman, seorang lelaki berjaya menyemberangi air terjun dengan penuh keyakinan.
Lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai dengan keberaniannya.
Tidak lama selepas itu - lelaki itu dicabar semula sebagai membukti kejayaannya tadi bukan kerana nasib semata2.
SEBELUM ITU LELAKI ITU MENGEMUKAKAN BEBERAPA SOALAN KEPADA PENONTON.
saya akan menyemberangi air terjun sekali lagi.tetapi saya ingin bertanya adakah saudara2 semua percaya saya boleh melakukan.
percaya.kata penonton
jika saudara2 percaya siapakah yang sanggup menyeberang bersama saya.
semuanya terdiam sehingga seorang budak kecil menyatakan kesanggupan.
AKHIRNYA LELAKI INI BERJAYA SEKALI LAGI MENYEMBERANGI AIR TERJUN INI BERSAMA BUDAK KECIL INI.
budak kecil itu ditanya oleh penonton selepas itu.
kenapa adik mempercayai lelaki itu.
KERANA DIA ADALAH BAPA SAYA
dari jinggo
terdapat perbezaan diantara percaya dan kepercayaan.
penonton tadi digambarkan sebagai percaya
budak kecil digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan.
PERCAYA
bermaksud penyerahan diri yang tidak lengkap terhadap apa yang kita percayai.hidup sekadar percaya tidak menuntut komitmen.
KEPERCAYAAN
penyerahan diri yang disertakan dengan komitmen dan penyerahan secara menyeluruh dan pasrah berasaskan kepada akal fikir.
DALAM KONTEKS KITA
kita percaya dalam banyak hal.
ramadan mesti puasa.
masuk waktu mesti sembahyang
perempuan ( ada diantaranya ) keluar pekan pakai tudung.
percaya ini negara islam
percaya ini negara orang melayu
HAKIKATNYA
bezanya diantara orang yg ada ' percaya ' dan ' kerpercayaan '
sebab itulah.
puasa tetap puasa - kedai nombor ekor penuh dengan orang yg puasa.
sembahyang diperkotak katikkan
tudung dipakai dimasa dan waktu yang dipilih.
kita fikirkan.
kerana itu sebahagian selingkar ilmu yang kadang2 kita abaikan.bezanya kita dan mungkin persekitaran kita bila membedakan diantara duanya.
terutamanya hal2 yang dikaitkan dengan asas kehidupan.agama.
kerana kita dizahirkan atas dasar percaya.
kepada diri sendiri.kepada agama dan seterusnya negara.
PERCAYA.

20 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

ha,
baru saya faham betul beza antara percaya dan kepercayaan.

ONE ZABA berkata...

kepercayaan ikutan.

Unknown berkata...

cgu anis.

itulah ceritanya..
selalu saya ulang2kan..
sekarang dah fahamkan..

Unknown berkata...

cgu one..

saya suka dengar lagu Ct Nurhaniza...
percayalah.

Tirana berkata...

percaya - hanya di mulut.
kepercayaan - di mulut dan di hati kemudian tercerna dalam bentuk tindakan dan komitmen

zai berkata...

Jinggo, Kak Zai percaya bahawa kepercayaan itu sebenarnya adalah Percaya bahawa kita dihidupkan dengan satu matlamat iaitu percaya bahawa pengakhiran satu kehidupan adalah hari akhirat..

Mereka yang tidak mempratikkan konsep kepercayaan pada hari akhirat mmg tidak akan konsisten dlm mengamalkan ajaran islam kerana tidak begitu percaya dgn kehidupan disana.

Mak Su berkata...

bulatkan kepercayaan moga tak tergelincir

Unknown berkata...

puan tirana

kerana itu lah yang membezakan kita yang ramai ni..
kerana itulah kita semakin jauh berbeza UMNO - PR..
semuanya diatas fakta yg sama.

Unknown berkata...

kak zai..

akhirnya komen ni - saya semakin yakin dan percaya kepada konsep ini...
sebab negara kita ni ramai yg percaya dari ramai yg berkepercayaan....

Unknown berkata...

mak su

kabari
wes mangan..
ha....
saya percaya dan meletakkan kepercayaan : kita masih kawan.

Shemmi berkata...

saya percaya Tuhan memberi kepercayaan kepada manusia untuk percaya kepada kepercayaan yang mesti mereka percaya..

Unknown berkata...

shemmi

semuga dengan pemahaman ni - kita lebih baik dari malam....

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo..

saya percaya di bibir juga di mata hati..
kepercayaan juga di bibir juga di mata hati.. kedua-duanya seiringan..

mirae berkata...

bukan mudah nak beri kepercayaan,tp senang nak percaya..

Unknown berkata...

maiza

kita kena bezakan..
2 perkara tu berbeza madusdnya..
hari ini kita dah belajar ilmu baru

Unknown berkata...

mirae

memang betul tu..
sebab tu persekiratan lain macam aja..
kat UM pun sama kan
orang ni kata macam ni
orang tu kata macam lain...

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo...

kadang-kadang susah nak percaya.. tapi dalam hati ada kepercayaan..

Unknown berkata...

maiza

mendalam tu...
nanti saya fikirkan..
saya jawab balik kat sini...
2 konsep yg berbeza

insan pendidik berkata...

Salam,

Kepercayaan kepada Rukun Islam dan Rukun Iman ialah paling utama. Tapi perlu disertai dengan keimanan.Kalau tak jadilah macam-macam hari ini ...

Unknown berkata...

cgu insan pendidik

RukunNegara dizahirkan atas dasar apa..
percaya ke
kepercayaan...
kadang2 - ada banyak persoalan yg berangkai2...

Eco Kid Adventure on Facebook