Khamis, 17 September 2009

balik kampung ...oooo..balik kampung


Hari ini sudah macam satu kemestian
RAYA MESTI BALIK KAMPUNG
ada suami isteri yang bermasam muka sebab nak balik kampung
kenapa dengan balik kampung.
balik kampung adalah satu fenomena sosial yang
menunjukkan ikatan kekeluargaan.
beberapa ahli sosiologi berpandangan
biar semoden mana pun teknologi dan dunia
fenomena balik kampung tidak akan hilang.
menurut John Howarh Payne
ditengah kemewahan dan istana2 , kemana pun kita mengembara - sekali pun amat sederhana , tidak ada tempat yang lebih indah dari rumah kita sendiri ( home sweet home )
BALIK KAMPUNG BERMAKNA MELIHAT KEMBALI
DIMANA BERMULANYA HARI INI.
kepada rakan2 tentunya kita ada kenangan dimana bermulanya hari..
pada saya setiap kali balik kampung mesti :
pertama :ke sk sungai jejawi
kerana itu cukup besar nostalgianya - sekolah yang amat daif dikala mula belajar ABC - cgu2 dtg dari Teluk Intan - tidak ada kemudahan jalan masa tu - kalau hujan cgu yg semuanya naik motor - mesti sampai lambat sekolah -
kalau sampai pun kami akan gotong royong cuci motor cgu dulu.
kedua : pinjam motor ayah pusing2 tgh sawah + sungai.
disinilah bermulanya semua sekali.
mandi sungai.masuk bendang.cari anak ikan karen.memancing ikan puyu.
INI 2 TEMPAT MESTI DIJEJAKI.
kerana siapa kita tanpa ada mulanya.
dan kita semua ada cerita.

18 ulasan:

Marzalina berkata...

saya tak merasa balik kg...sebab memang duduk di kg ...penang lah kampung halaman saya hehehe

sesekali memang teringin rasa suasana balik kg..mesti best kan.

mirae berkata...

hohoho blek kg..hati girang..
x sabr nk blek kg =)

Tirana berkata...

Saya mesti jalan2 keliling rumah ibu..tengok ayam itik..tengok pokok mempelam dan pokok jambu batu kot2 ada buah..hehehe..

Berapa hari Jinggo di kampung?

ONE ZABA berkata...

raya balik kampung...gopeng.

tapi kat kampung tiada kenangan yang boleh disingkap kembali kerana kampung hanya tempat kelahiran. lepas habis pantang ikut mak ayah naik atas gunung ni ha. atas gunung ni la sebenarnya kampungku.

di mana mak ayah berada di situ la tempat berkumpul adik beradik.

Unknown berkata...

intan.
nak merasa senang aja..
kahwin dengan orang jauh
lepas tu boleh berebut nak balik kampung.........
silap2 tak boleh balik..he...

Unknown berkata...

mirae

kirim salam kat RhB
pak tam
dan fasi2 yg lain...jangan lupa : raya ke2 i ada di JB

Unknown berkata...

puan tirana

saya ni panas balik kg...
tak balik - nak balik
bila dah balik - sibuk nak balik KL...he..

tapi mesti pergi 2 tempat tu dulu

Unknown berkata...

kesian cgu one

atas gunung tu banyak kenangan kan.....
tak balik gopeng ke raya.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo...

w'pun sy dkt ngan family tp blik kg jg.. raya per1 sblh ayah ptg br sblh mak.. mlm raya yg paling best.. main mercun.. hee.. jng xtau sy n cousin w'pun dh besar2.. ada yg dah kawen dh krj.. bleh plan nk beli bunga api yg besar tue.. adoii.. best la.. tak sabar balik kg jpa semua sedara... thn nie semua family bleh balik raya berkumpul semua.. kecoh la rumah di kg..

insan pendidik berkata...

Salam,

balik kampung dah jadi satu budaya sejak dulu. Masa kecil dulu tahun tahun 1970-an dan awal 80-an kalau raya KL lenggang betul kerana banyak perantau pulang dari mencari rezeki. Tapi keadaan itu tak sama sekarang. Banyak dah jadi anak jati KL.Pusat bandar pun meriah tapi oleh pendatang yang berpusu-pusu.

Selamat Hari Raya..

Unknown berkata...

maiza

tak best duduk di kampung ni
nak best
kahwin dgn orang jauh...
boleh berebut balik kg..
pakej tu.meriah

Unknown berkata...

cgu..

begitulah
dulu dikatakan kat chow kit boleh main bola
sekarang dah penuh..
indo + bangla + anak tempatan pun dah ramai.......

MaizaC'Joe berkata...

jinggo..

kalau cmtue nak kn cari pakej tue jg la... hahaha... thn dpn kot.. hee.. gurau ja..

Ayang berkata...

Yea... saya rindu dengan kekawan kampung. Tiap kali balik susah nak jumpa geng2 lama.. ghindu rasanya.. Bila lah agaknya berpeluang mcm tu..

Unknown berkata...

pakej

madsudnya - gaduh2 nak balik kampung.......
mesti !

Unknown berkata...

ayang..

terima kasih
balik kg kat mana tahun ni....

Maiyah berkata...

salam.. sy tgk sy jer kot huhuhuwaaa!!.. best nyer tgk org lain balik kg berduyun2.. :D

Unknown berkata...

puan maiyah

saya pun sama...tgk orang balik kg

Eco Kid Adventure on Facebook