Isnin, 7 September 2009

saya ada bibik

Cadangan gaji minimum RM800 untuk pembantu rumah warga asing adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dibayar oleh ramai majikan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat mengulas laporan akhbar Indonesia semalam bahawa negara itu akan meminta gaji minimum sebanyak RM800 untuk pembantu rumah warganya
SAYA ADA BIBIK
Dalam proses memudah kehidupan duduk di bandaraya KL - saya pernah beberapa kali berhadapan dengan berbagai kerenah bibik yang nak saya kongsikan : bila satu persatu cerita yang mungkin tidak sedap kita dengar.
KENAPA AMBIK BIBIK
pastinya nak memudahkan beberapa kerja yang kita
TIDAK ADA MASA
MALAS
kes satu : mula dengan kisah seorang bibik yang hanya diambil hanya untuk kemas rumah.muda dan cantik.masalah dengan bibik ni - nak gaji harian.laki datang dan ambik setiap hari.
baru datang dari indo - baru kahwin.
asyik nak mengulat aja..bawah laki berbulan madu kat rumah.
kes dua : nak ambil melalui agensi mahal.jumpa dengan satu sindiket - di taman tun.
ya allah ada rupanya orang yg memperniaga manusia.
bukan orang lain kaum indo sendiri.dikumpulnya semua bibik2 yang bermasalah ( lari dari majikan ) : saya dibawa ke satu kongsi - pilih bibik mana yang kita nak.
bibik ni baik.menariknya bibik ini - ada kelayakkan dari pengurusan rumahtangga.
BUSUK.
mungkin satu dari ilmu yang diajar jangan wangi2 - nanti tuan rumah terpikat.
baik dan amat menarik.rajin.beragama.cerita amat2 menyanyat.
kena buli rumah cina.lari dan dijumpai sindiket.sedih.amat baik bibik ni.
MASALAHNYA
agen kacau.nak separuh dari gaji bibik yang busuk ni.akhirnya tak tahan.hantar balik indo
tukar lagi.
BIBIK INI MENIPU.
umur 14 tahun - dikatakan 19 tahun.patutlah tergedik2 macam 14 tahun.suka hiburan.
suka tgk ' bawang putih bawang merah ' - suka berkaraoke.penipu - macam2.
mak sakit lah.abang nak kahwin lah.rupanya penipu.madura.
SEKARANG.
ijal - seorang lelaki batak.rajin tuhan aja yg tahu dan pengemas.
masalah dengan ijal ni.
( jaga kem di gombak )
kaki nombor ekor.
kerja ikut mood.
kesimpulannya kadang2 berlagak mengalahkan boss.disebabkan kaki no ekor gaji kena cepat dan minta naik aja.
elli - amat baik.semua baik.sedar diri. masak pun amat sedap.
( tukang masak di kem )
KESIMPULAN
bila ada kes yan macam2 mengenai kisah bibik yang disiar satu persatu : saya orang mengalami sebahagian dari cerita kerenah mereka.memang ada kalanya ' sakit hati '.
kerana begitulah yang termampu untuk menyelesaikan pemasalahan semasa.
kalau boleh elak dari berurusan dengan bibik.bukan bagus sangat ada bibik.
banyak waktu kita diambil kerana memikirkan kebajikan bibik yang mereka tidak pernah nak fikirkan semula.
ditelan mati mak diluah mati babak.
semalam pak ijal dah call - nak pinjam duit
beli no ekor la tu

23 ulasan:

siti_m berkata...

ada bibik bermasalah tak de pun masalah jugak.... hrmmmm...

Unknown berkata...

cgu ct..

pada saya macam nasib aja lah ambik bibik ni..
kena gaya baik
kadang2 sebalik...
macamana kita nak tahu - rambut sama hitam..

MaizaC'Joe berkata...

salam jinggo..

susah jg klu xda bibik.. skrng ramai wanita bekerjaya.. klu xabil bibik xsmpat nak uruskn semuanya.. abil bibik boleh jg membantu tp mcm2 hal la pl..
bkn semua bibik suka buat hal.. kdng tue dpt yg baik tp jadi mcm2 pl.. masalah bibik tak kan selesai.. nak cr warga tmpatan? ada ka yg nak.. mungkin xramai yg nak.. ntah la..

Unknown berkata...

maiza..

macamana tu..
susah nak difikirkan.orang2 kita mana ada standard nak kerja ' pembantu rumah ' - kerja kilang lagi ok.
ambil indo macam tu...
ada kesan2 dihujungnya...

Pn Kartini berkata...

Selagi tiada keperluan..selagi itu tdk berminat utk berbibik...no privacy!
Namun bagi yg memerlukannya..mungkin blh membantu dalam byk hal.
Mendpt yg blh diharapkan..alhamdulillah..aman hidup..
tp kalau yg sebaliknya..maunya tuan umah sakit jiwa!

Unknown berkata...

PnKartini

macam yang kita tgk kat TV3 - banyak yang sakit hati dari sempurna tugas2 lain..
zahirnya ok
persekitaran sosial yang tak tahan....

nak minta macam2.........

Maiyah berkata...

salam.. mcm sy mmg perlukan bibik nih, nak harapkan adik bedik.. takde makne nyer, setakat nih okay dan rajin.. takde masalah.. kalo takde bibik camne ler urusan seharian sy huhu

Unknown berkata...

puan maiyah

bibik akan meringan kan tugas2 fizikal kan...
tapi saya amat percaya : mengurus dan mengendali manusia bukan kerja mudah..
kalau tidak ada memberi dan menerima...
yang penting komunikasi yg berkesan...

~Insan Biasa~ berkata...

bibik dtg seminggu sekali jek...

Tirana berkata...

Saya pernah ada pembantu rumah..Alhamdulillah tak ada masalah.

Gaji rm800 terlalu tinggi untuk maid yang biasa-biasa. Tapi kalau maid yang ada diploma dan sijil kemahiran dalam pengurusan rumahtangga, saikologi dan parenting mungkin gaji tahap tu boleh dipertimbangkan.

Unknown berkata...

x pernah terfikir utk ada bibik... blm ada keperluan kot! cerita kwn2 yg ada bibik, byk -ve... jinggo, rambut pun x sama warna skrg ni :)

ONE ZABA berkata...

sendiri jadi bibik....

ZOOL@TOD berkata...

Kalau RM800, orang tempatan pun nak jadi "bibik"

Tanpa Nama berkata...

Sama ngan One..

Sndiri jadik bibik.

Kenapa?

Bnyk cerita dgr pasal bibik, jadik takut.
..
..
RM800?Boleh...dgn syarat..

kena ada pndidikan . Profesional bila bekerja. (Jangan asik nak kena ajar). Tanggung makan minum sndiri. Uruskan permit sndiri. Tanggung check up sndiri. Bayar sewa bilik...seperti yg di sarankan oleh pembaca kat TV tu.. Baru adil..

Boleh ???

Unknown berkata...

cgu anis..
bibik dtg seminggu sekali
buat apa...
kemas rumah
lipat baju ke...

Unknown berkata...

Pun Tirana

RM800 ok
tapi dia perlu.....bayar
duit makan
duit sewa bilik
duit bayar bill
apa lagi....

macam email ke tV3 malam tadi.

Unknown berkata...

cgu pija

naik rimas nak ke kelang sekarang -terutamanya kat area great wall tu....
rasanya macam masuk negeri orang lain aja...
lagi2...
ada yang dah besar sangat.

Unknown berkata...

cgu one

sekarang kat rumah
sendiri jadi bibik.....

Unknown berkata...

en zool

kalau RM800 - comfirm ramai orang indo terpaksa balik kampung...

Unknown berkata...

kena ada pndidikan . Profesional bila bekerja. (Jangan asik nak kena ajar). Tanggung makan minum sndiri. Uruskan permit sndiri. Tanggung check up sndiri. Bayar sewa bilik...seperti yg di sarankan oleh pembaca kat TV tu.. Baru adil..

Puan Aryani

saya setuju..........

AiE bAhRi berkata...

Ada pro dan kontranya..

Tp mmg pening kalau ada bibik dari seberang.Lebih2 lagi yang muda2..

Unknown berkata...

aie..

kenapa pening dengan yang muda..
sebab terlebih gedik kut...
memang pun...

Unknown berkata...

tgk berita tadi.. yg cleaner indon pun nk jadi bibik kalo btl rm800...
jinggo-->btl3....xmoh dok klang la.. tgh mhn tukar kedah ;)he.. xde kena mengena ngan citer bibik2 ni..

Eco Kid Adventure on Facebook