Selasa, 15 September 2009

keganasan mulut

Dari cerita yang ' macam ' tidak ada hujung
dari keganasan mulut ke pertengkaran
ini kesimpulan dihujungnya.
peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.
kerana ini adalah ilmu maka terima sebagai satu
lagi penambahbaikan dalam hidup kita.
zahirnya kita mengamalkan 3 stail dalam komunikasi
ASERTIF
( menang - menang )
AGRESIF
( menyalahkan orang lain.tidak menhiraukan pandangan orang lain.melambangkan komleks tinggi diri )
PASIF
( tidak jujur dengan diri sendiri - tidak menjadi diri sendiri.hidup dibawah arahan orang lain.sukar untuk menyatakan tidak - dan akan berakhir dengan tekanan emosi , kekecewaan.. )
dan ketiganya ada impaknya tersendiri
karektornya tersendiri.
menurutkan kajian pakar menyatakan stail yang paling berkesan adalah
ASERTIF
menurut AJ Lange & P Jakubowki sifat ini adalah
mempertahan hak sendiri dan menyatakan fikiran , perasaan dan kepercayaan secara terus terang , jujur dan dan wajar tetapi
tidak pula membelakangkan hak orang lain
empat ciri utama
mempertahankan hak
menyatakan perasaan secara jelas dan jujur
menghormati hak dan perasaan orang lain.
Moral dari Jinggo

Bagaimana untuk menjadi ASERTIF dari AGRESIF
ini adalah komitmen diri yang tidak mudah. dalam kontek hubungan sosial hari ini kita berhadapan dengan terlalu ramai yang yang berada
dalam kelompok AGRESIF
dari Dale Carnigei ada bahasa badan tertentu orang2 agresif
AKU SAHAJA YANG BETUL
ini satu budaya yang tidak sihat dan tidak molek dalam kontek kehidupan bersosial.
jadi bagaimana kita - bila kita sejak kecil lagi dah diajar oleh sistem makayah untuk menjadi kan diri kita
sebahagiannya PASIF.
budak2 diam - pegi main jauh2....
dan hari ini kita ada hak dan ruang untuk belajar betapa banyak ' ilmu '
yang boleh kita kutip dari cerita dari persekitaran.
KITA LIHAT SEKELILING KITA.
TERUTAMANYA DALAM PERSEKITARAN POLITIK NEGARA.
keadaan yang amat tidak damai.

18 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kerana mulut juga ada yg nak gantung selipar pada gambar....

siapakah yang patut dicili mulutnya itu.

yang nak kena gantung selipar pada gambarnyakah atau yang nak menggantung selipar pada gambar????

Unknown berkata...

he..cgu one
mendalam tu..
yang baling kasut kat bush pun balik raya kat rumah..

dalam kes nak gantung kasut tu...
bapak segala kesombongan tu...
perangai Sivaji...the Boss !
hero filem tamil...

mirae berkata...

komunikasi asertif plng harmoni..fair,puas hati tp not easy to do it..agresif terlalu selfish while pasif,x berkembang kemana la..asyik ye jek mmnjng..komunikasai plng ptng 4 life cz everyday kte communicate..hope dpt berkomunikasi dengan berkesan..insya'allah..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo..

kerana mulut, mcm2 boleh jadi. klu tngok dari segi persekitaran politik negara.. dah tak mendamaikan lagi.. tapi.. komunikasi asertif paling mendamaikan. kelompok agresif terlalu mementingkan diri.. juga bagi saya sukar nak bergaul.. w'lau pun skrng ramai yg berada dlm kelompok agresif.. emm...

Unknown berkata...

mirae

untuk berada dalam keadaan komunikasi yg menyenangkan - diruang lingkunangan kewarasan kita - ini adalah kaitan dengan persoalan karektor - persoalan EQ.

bukan mudah - tapi ada cara untuk berada dalam keadaan tu....

kena ingat : kita mahluk sosial......

Unknown berkata...

maiza..

cara terbaik untuk berdamai - kalau berada dalam kelompok ini - DIAM - itu mungkin jalan yg terbaik....

berdasarkan banyak kajian.
orang agresif - umornya lebih pendek...

zai berkata...

Salam Jinggo..

Setiap dari kita harus bijak mengawal emosi agar tidak melampaui batas krn terlajak perahu boleh diundur tetapi kalau terlajak kata mmg buruk padahnya kan...saling menyalahkan tidak akan membawa apa-apa kebaikan sebaiknya kita tak sedar kita telah mula mencipta jurang dari menikmati indahnya sebuah perhubungan.

MaizaC'Joe berkata...

Jinggo..

ha... nasib baik saya tak pilih agresif... pendek umo.. adoi.. tp agresif pd sesuatu ada baiknya jg..

Unknown berkata...

kak zai

apa yg berlaku hari ini tidak damai - agresif - aku menang + kau kalah...
trajidi kepala lembu - adalah contoh sifat2 orang agresif - IQ dan EQ sudah jauh dibelakangkan...

hasilnya : dari satu hal ke satu hal lain...

Unknown berkata...

maiza

kita kongsikan ilmu ni..

~Insan Biasa~ berkata...

budi bahasa budaya kita....
meh nyanyi...
undur diri duk diam2 je lah..

Maiyah berkata...

salam.. agresif timbul bila satu keadaan yg terdesak atau ketidakpuasan hati, suma org akan agresif kalo rasa diri tercabar.. atau mungkin kita perlukan juga agresif nih kot :)

Unknown berkata...

cgu anis

terbaik dengan orang agresif
bagi dia bercakap
sampai penat...

Unknown berkata...

puan maiyah

saya sambung bacaan..
agresif adalah satu keperluan berdasarkan fitrah..
tapi pada ruang2 tertentu...

Tirana berkata...

Jika tidak ada sesuatu yang baik boleh diperkatakan, lebih baik diam..sebab kalau berkata juga bimbang timbul pertengkaran dan biasanya kalau bertengkar, kebanyakan kita akan menjadi agresif..payah sangat nak jadi asertif kalau hati dah sakit...

Unknown berkata...

puan tirana

untuk menjadi seorang yg bersikap arsetif - ini persoalan karektor yg zahir dari sistem pendidikan awal - dan saya yakin disinilah beza ketaranya IQ dan EQ..

Ary berkata...

pada pndpt saya....ASERTIF,AGRESIF or PASIF akan sentiasa berlaku dalam diri kita bergantung dengan siapa kita berkomunikasi. asertif akan berlaku jika partner komunikasi kita orang yang kita hormati,sukai or yg sama maksud, agresif akan terjadi selalunya ada 2 situasi-1, partner komunikasi kita orang yg kita benci, x suka or yg sama maksud, 2, keadaan keyakinan kita di tahap yang tinggi.
dalam keadaan pasif pula selalu terjadi bila hidup ditimpa tekanan bertubi2, tanpa ada sedikitpun perangsang hidup,-emosi lebih menguasai diri.

-bg saya, penting nya semangat walaupun setitis kerana yang pasif boleh menjadi agresif atau asertif...
owhh...susahnya nak sebut... ;P
-kalu salah tlg betulkan cikgu...

Tanpa Nama berkata...

i'm in which category?

Eco Kid Adventure on Facebook